AdSense

Thursday, February 22, 2018

Siap sedia. Bakat anak Kelantan sedang diasah!


Meluntur buluh biarlah dari rebung.

Barangkali falsafah ini dipegang erat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak apabila memperkenalkan program Transfomasi Nasional 2050 (TN50).

Sedia maklum, TN50 digalas oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin.

Ini bukan peranan Najib dan KJ saja kerana didapati ramai lagi pemimpin UMNO / Barisan Nasional yang menfokuskan kepada generasi akan datang.

Baik pendidikan, modal insan, sukan, kemahiran dan banyak lagi.

Bagi pemimpin di negeri Kelantan seperti Tan Sri Annuar Musa pula, beliau menjadikan sukan bolasepak sebagai antara usahanya mempersiapkan generasi muda.


Nama Kelantan atau lebih sinonim dengan gelaran The Red Warriors (TRW) ini sememangnya tidak asing dalam dunia bolasepak di negara kita. Juara Piala Malaysia 2009, Juara Piala FA 2012 serta Juara Liga Super 2011 dan 2012.


Ternyata sukan bolasepak cukup diminati rakyat Kelantan pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Jika masih ingat, nama TRW mula diperkenalkan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Kafa pada tahun 2007. Ia bertujuan memberikan ‘nafas baharu’ kepada pasukan Kelantan yang lesu pada ketika itu.

Selain minat kepada sukan bolasepak, perasaan cintakan Kelantan telah membuatkan Annuar mula memikirkan cara untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Justeru pada 17 Februari 2018 lalu telah terakam satu detik bersejarah apabila acara perasmian TSAM ARMY telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad di SMK Chengal.

Untuk makluman, TSAM Army ini mempunyai seramai 600 orang pelatih, 28 jurulatih dan 12 pusat merangkumi jajahan Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Pada peringkat awal penubuhan TSAM ARMY ini pun sudah mendapat permintaan tinggi daripada peserta. Jelas ia merupakan satu inisiatif yang disambut baik.

Memetik kenyataan Annuar selaku Pengerusinya, TSAM ARMY diwujudkan bagi mengasah bakat muda dalam bidang bola sepak di peringkat awal dengan kos RM1 juta. Akademi ini juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).


"Permulaan, kita mengambil pelajar ini dahulu dan ramai lagi yang masih menunggu untuk menyertai akademi. Jika pelatih yang ada ini mempunyai masalah disiplin, kita akan mengambil pelatih dalam kalangan senarai menunggu," katanya.

Selain itu, apa yang penting, TSAM ARMY atau nama penuhnya Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy akan memiliki kampus mereka sendiri yang lengkap dengan fasiliti bagi membangunkan bola sepak Kelantan.


Jangan tak tahu, TSAM ARMY juga akan menggunakan acuan permainan bola sepak Croatia dan Jepun!

Syabas TSAM ARMY. Semoga kalian bukan sahaja dapat mengharumkan nama Kelantan tetapi juga Malaysia pada suatu masa nanti.

No comments:

Post a Comment