AdSense

Sunday, February 25, 2018

2 perkara ini akan berlaku kalau PH menang PRU14


Sebelum memilih satu-satu parti politik untuk diundi, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab kena teliti betul-betul. Kerana kalau tersalah pilih, pasti membawa padah.


Banyak negara yang hancur kerana tersalah memilih pemimpin. Ini bukan perkara main-main. Kalau tak sayangkan diri sendiri, fikirkanlah untuk masa depan anak cucu dikemudian hari.

Apa akan berlaku kalau Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya?

Persoalan ini dibangkitkan oleh seorang Perdana Menteri yang prihatin pada masa depan negara iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang sering menjadi mangsa fitnah Red Bean Army pro cauvinis telah membuka mata dan minda rakyat hanya dengan satu soalan : APA AKAN JADI KALAU PAKATAN MEMERINTAH MALAYSIA?

Satu persoalan yang ringkas tapi sangat penting untuk dibahaskan. Ya, apa akan jadi kalau Pakatan Harapan yang dikepalai DAP berjaya merampas Putrajaya?

Bagi Najib, ada dua kemungkinan. Bagi penulis, dua kemungkinan ini masuk akal.

Sedia maklum, PH mengangkat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri buat kali kedua. Manakala isteri kepada bekas timbalan Mahathir yang juga ibu kepada Naib Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah sebagai orang nombor dua.

Andai PH menang PRU14, Mahathir jadi PM dan Wan Azizah jadi TPM. Dulu, suami Wan Azizah iaitu Anwar Ibrahim merupakan TPM ketika Mahathir jadi PM. Sekarang isteri Anwar jadi TPM.

Mungkinkah selepas ini anak Anwar iaitu Nurul Izzah pula akan jadi TPM tatkala Mahathir jadi PM untuk kali ke 3?

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpendapat, terdapat dua senario yang boleh berlaku. Pertama, Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Anwar kerana umum mengerti Mahathir menganggap semua pemimpin lain tak betul. Memetik kata-kata Mahathir suatu ketika dahulu, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.


Malah Mahathir juga pernah mengatakan bahawa Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Mahathir memilih untuk membolot kuasa.

Senario kedua andai PH menang PRU14, Mahathir dikatakan hanya menjadi PM sementara. Lepas Anwar dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat, maka jawatan PM akan diserahkan kepadanya. Ini adalah carta organisasi negara kita anda PH menang PRU14 :

PM Anwar Ibrahim (suami)
TPM Wan Azizah (isteri)

Adakah nepotisme seperti ini dimahukan rakyat Malaysia hanya bersandarkan kepada agenda 'asal bukan UMNO, BN dan Najib Razak'. Apa hendak jadi dengan negara ini andai kita sebagai rakyat terpengaruh dengan permainan politik Pakatan Harapan?

Bayangkan nama Malaysia menjadi 'badut sarkas' dimata dunia! Sia-sia saja kita lakar dan harumkan nama Malaysia dipentas dunia dalam pelbagai bidang apabila ia musnah sekelip mata sejurus PH memerintah.

"Di sini kita dapat ramalkan bahawa jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Namun jika rakyat memberi mandat kepada BN, kami dapat memulakan khidmat bakti untuk rakyat serta-merta selepas pilihan raya kerana kita mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan."

Demikian tegas Najib.

Jadi buat rakyat Malaysia yang bertanggungjawab pasti sudah tahu apa hendak dibuat ketika mengundi nanti.

#TolakPakatan #PRU14 #PakatanProDAP #BarisanProRakyat

No comments:

Post a Comment