AdSense

Thursday, February 22, 2018

Rintihan orang Pulau Pinang


Satu klip video berdurasi 3.16 minit mula tersebar di media sosial.

Video tersebut adalah mengenai rintihan orang Pulau Pinang yang mempunyai seribu tanda tanya dan persoalan.


Semasa PRU13 lalu, mereka sanggup ikut apa saja kehendak pemimpin mereka yang dianggap pejuang rakyat sebenar.

Namun, setelah berjaya memerintah negeri, tidak ada kebaikan atau manfaat yang diterima rakyat marhaen.

Malah satu persatu musibah pula diterima. Skandal dan penyalahgunaan kuasa seakan sudah sebati dalam pentadbiran negeri yang mereka anggap pentadbiran yang terbaik.


Kononnya mahu membela nasib rakyat. Namun hakikat apa yang berlaku, harga rumah di Pulau Pinang terus melambung tinggi. Kos sara hidup juga mengalahkan penduduk di ibukota Kuala Lumpur. Ekonomi masyarakat diabaikan. Peluang pekerjaan bukan lagi fokus utama kerajaan negeri.

Orang Pulau Pinang kini melahirkan rasa kecewanya. Janji yang ditabur semasa PRU13 tidak ditunaikan. Hanya legasi diutamakan.

Apakah PRU14 orang Pulau Pinang hendak membuat kesilapan sama?

#TolakPakatan #PRU14 #StrongerTogether


No comments:

Post a Comment