AdSense

Tuesday, January 9, 2018

#StrongerTogether MCA-Gerakan merunsingkan DAP


Benar, sekitar pilihanraya 2008 dan 2013 MCA-Gerakan tak 'ngam'.

Dulu ada persepsi 'zero sum game' - Kalau Gerakan dapat satu kerusi, MCA akan kurang satu kerusi. Di sinilah wujudnya isu sabotaj antara satu sama lain.


Namun setelah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan parti mengambil pendekatan positif dengan menyatupadukan parti, segalanya berubah.

Selain parti komponen lain yang berantakan, MCA-Gerakan juga mengambil keputusan untuk saling bantu membantu pada PRU14 akan datang.

Kelihatan komponen BN semakin kuat dan bersatu berbanding sebelum ini - Wujudnya beberapa kumpulan dan pemimpin parti yang berasa 'was-was' dengan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi.

Penulis melihat ini adalah tanda awal kejayaan BN menjelang pilihanraya akan datang. Penyatuan barisan komponen parti sebagai permulaan. Langkah 'war room' ataupun 'sarang' UMNO/BN ini (penyatuan parti) pasti membuatkan pakatan pembangkang diketuai DAP bertambah takut - Kalah teruk dalam pilihanraya dan hilang pemerintahan kawasan / negeri.

Cita-cita pakatan untuk memecah-belahkan komponen BN ternyata gagal.

Ditambah pula dengan penganjuran Himpunan MCA-Gerakan pada Sabtu baru-baru ini. Bertambah runsinglah DAP dibuatnya.


Mengambil perumpaan 'Buang yang keruh, ambil yang jernih' dan 'Bersatu teguh, bercerai roboh', MCA dan Gerakan sebulat suara bekerjasama erat bagi menguatkan jentera BN.

Jelas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kerjasama atau persahabatan erat ini bukan hanya ketika perhimpunan pada hari berkenaan. Tetapi ia akan diteruskan sampai bila-bila.


Untuk makluman, kedua-dua parti yang dekat dengan orang Cina ini akan mengadakan 'road show' bersama-sama ke pelusuk negara.

Antara lain, mereka akan berkempen dan meyakinkan masyarakat bahawa MCA-Gerakan akan membangunkan negara dan bersama-sama kepimpinan BN membina masa depan yang cerah bukan saja untuk komuniti Cina tetapi juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kalau kalah / tak dapat kerusi yang disasarkan, adakah MCA-Gerakan tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet seperti PRU13 lalu? Mungkin ini yang sedang berlegar-legar dalam fikiran masyarakat.

Sebenarnya perkara itu (kalah teruk) tidak terlintas dalam fikiran MCA-Gerakan. Mereka kelihatan cukup yakin dapat meraih kejayaan yang lebih baik pada PRU14 nanti.

Penulis sendiri selalu hadir ke program-program anjuran MCA khususnya. Melihat kepada gelombang biru, penulis juga yakin pada kenyataan yang dinyatakan Liow yang juga Menteri Pengangkutan itu.

Bukanlah cakap kosong tetapi berlandaskan pada fakta dan realiti. Mungkin dulu orang Cina begitu taksub pada DAP. Tapi ianya mula berubah. Lebih-lebih lagi melihat MCA-Gerakan bersatu atas satu bendera.

Bahkan orang Cina sendiri khususnya pentaksub DAP langsung tidak boleh menerima kehadiran Mahathir dan kumpulannya dalam Pakatan Harapan. Kemudian diangkat pula sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang PRU14. Sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Pemimpin yang dimusuhi berpuluh tahun kini dibentang karpet merah sebegitu mudah!

Hendak memecahbelahkan komponen BN gagal, parti-parti anggota PH pula yang berantakan sesama sendiri. Inilah senario yang sedang dialami pakatan diketuai DAP.

Sedang pembangkang bergaduh sesama sendiri dalam soal calon PM dan pembahagian kerusi, komponen BN pula perkukuh jentera menerusi semangat #TeguhBersama


































Kredit foto : AgendaDaily dan sahabat blogger



No comments:

Post a Comment