AdSense

Tuesday, January 9, 2018

Itu bukan ayat SPAD


Macam-macam cara digunakan untuk memburuk-burukkan organisasi. Tidak terkecuali, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga menjadi mangsa.


Sedang seluruh dunia menyambut tahun baharu 2018, timbul satu isu 'notis' :

SAYA NAIK BAS BERSIH, SAYA TURUN PUN BERSIH.
TERIMA KASIH.

I INCREASE CLEAN BUS. I FALL ALSO CLEAN.
THANK YOU

Penggunaan ayat yang tunggang langgang ini dituduh dikeluarkan oleh pihak SPAD. Hendak menunjukkan betapa 'bodoh' SPAD dalam memberikan kenyataan.

Namun apa sebenarnya berlaku ialah ia bukanlah dikeluarkan oleh SPAD sebaliknya dikeluarkan oleh pihak pengendali bas.

Memetik kenyataan SPAD bertarikh 3 Januari 2018 :

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan penjelasan bahawa notis di dalam bas seperti mana yang disebarkan melalui media sosial (gambar di bawah), tidak dihasilkan atau pun menerima kelulusan daripada Suruhanjaya. SPAD sebelum ini telah memberikan penjelasan yang sama berulang kali melalui media sosial.

Bagi pengetahuan umum, notis-notis seumpama itu, merupakan inisiatif sendiri pihak pengendali bas. Bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku, SPAD telah menasihatkan pengendali pengendali bas untuk memastikan bahawa notis-notis yang dipaparkan adalah jelas dan tidak mengandungi kesalahan penggunaan bahasa.

Terima kasih.

Justeru itu, kepada mereka yang menuduh 'itu ayat' SPAD, eloklah memohon maaf atau memadamkan setiap posting termasuk 'share' perkara yang tidak betul. Jadilah pengguna media sosial yang cintakan kebenaran dan menolak fitnah.

No comments:

Post a Comment