Sunday, January 14, 2018

Pelik tapi benar. Pakar fesyen jadi pakar pembinaan terowong dasar laut!


Adalah masuk akal jika seseorang yang mahir selok belok jalanraya menjadi pemandu teksi / pemandu pelancong dan seumpamanya. Pelik jika mereka menjadi seorang akauntan atau jurusolek!

Namun tiada yang mustahil di Pulau Pinang bawah pemerintahan kerajaan DAP.


Sebuah syarikat yang mahir dan popular dalam bidang fesyen dikatakan mampu membuat terowong?

Voir.... Siapa tidak kenal empayar fesyen ini. Pergi saja pasaraya-pasaraya kecil atau besar, di pinggir bandar atau tengah kota, Voir adalah jenama yang tidak asing lagi khususnya kepada peminat fesyen.


Ya, tidak dinafikan, Vior Holdings Bhd menerusi kenyataan Pengerusinya Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli (yang juga orang kuat Konsortium Zenith BUCG) ada mengatakan bahawa syarikat itu akan menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan dan logistik.

Persoalannya, sejauh mana pengalaman Vior dalam bidang pembinaan? Baharu saja umum mahu menjalankan perniagaan pembinaan, terus dapat projek mega bernilai RM6.34 bilion?

Untuk makluman, syarikat fesyen ini memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) untuk membina terowong dasar laut di Pulau Pinang! Hebat!


Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang arif soal bidang kejuruteraan turut hairan, bagaimana pakar fesyen secara tiba-tiba mahir dalam bidang pembinaan?

Kita bukanlah bodoh dan senang-senang dikaburi dengan helah atau muslihat. Sebelum ni kerajaan negeri Pulau Pinang kata dua syarikat pembinaan China akan jadi pemegang saham dalam SPV.

Tapi selepas pihak Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam membuat semakan, syarikat fesyen pula yang memegang saham sebanyak 39% !!! Selebihnya atas penama lain. Malah dua syarikat China yang dikatakan sebelum ini TIDAK ADA!!!


Berikut merupakan kenyataan penuh Wee Ka Siong bertarikh semalam, 13 Januari 2018 :

Press Statement by Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong,
MCA Deputy President cum Minister in the Prime Minister’s Department Malaysia 
13 January 2018

Why is a fashion company building the Penang Tunnel?

In early 2013, amidst allegations that the Special Purpose Vehicle company awarded the mega RM6.3 billion Penang Tunnel was heavily under-capitalized and lacked experience, the DAP Penang State Government issued a statement to reassure the public that two giant and experienced China construction companies will be shareholders of the SPV and is backed by RM4.6 billion in paid-up capital. 

But today, our checks show that the two China construction companies are nowhere to be seen as shareholders of the SPV. 

In their place is a small local fashion company called by VOIR Holdings while 39% of the shares of the SPV are held under nominees. 

Did the DAP Penang Government lie to the public and did a "bait and switch"? 

Does this very material change in ownership and experience means that the project award made under the Request for Proposal exercise (not open tender) is now null and void? 

The DAP Penang Government must answer as the Penang people have a right to know why their mega-billions undersea tunnel will now be built with the participation of a small local fashion company instead of two experienced and well-funded construction companies as originally promised.


Oleh yang demikian, masyarakat seharusnya sedar apa yang berlaku ketika ini, lebih-lebih lagi melibatkan skandal projek terowong dasar laut. Kami editorial Suara Lensa berharap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan lancar.


No comments:

Post a Comment