AdSense

Tuesday, January 23, 2018

Hina Islam secara terang. Mulut pemimpin Melayu / Islam pakatan kena gam?


Selamba saja Agama Persekutuan Malaysia iaitu Islam dihina secara terang-terangan. (Kalau senyap-senyap tu kita fahamlah. Hina dalam forum, dalam komunikasi sesama sendiri dan seumpamanya).

Namun kali ini mereka dengan berani menghina secara terbuka di dalam media sosial. Apa tujuannya? Membakar sentimen agama dan perkauman di Malaysia? Ajaran DAP? Ajaran komunis?


Ayuh rakyat Malaysia, tak kira apa agama kamu. Apatah lagi penganut Islam. Ayuh kita menghentikan perbuatan biadap ajaran songsang ini. Ayuh ke balai polis berhampiran dan membuat laporan agar perkara ini disiasat dan mengheret cilaka ini ke muka pengadilan!


Petikan portal Menara :

Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook. Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”

Baca selanjutnya :
https://www.menara.my/quran-kitab-cetak-rompak-pemimpin-himpunan-bersih/

No comments:

Post a Comment