AdSense

Friday, January 19, 2018

Cara pentadbiran Najib DIDEDAHKAN


Pendedahan ini pasti membuka mata ramai pihak. Pemimpin pembangkang dan pentaksub mereka juga pasti tersenyum.

Sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mentadbir negara ini selama dua penggal pilihanraya.

Tahun 2018 adalah tahun yang ke 9 beliau menerajui pemerintahan Malaysia menerusi bendera Barisan Nasional.

Pembaca pasti tertanya-tanya, pendedahan apa yang hendak penulis siarkan pada umum.


Untuk makluman, pendedahan ini diceritakan sendiri oleh orang dalam parti sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan.

Kata Annuar yang berpengalaman berada dalam pemerintahan dua era (Najib dan Mahathir), pentadbiran Najib berbeza dengan cara Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib cukup tegas soal disiplin dan pemantapan jentera apabila mengarahkan seluruh kepimpinan parti kuat bekerja untuk rakyat.

Ia selari dengan motto UMNO iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat. Sudah bersama-sama rakyat sejak kecil ketika mengikut ayahandanya allahyarham Tun Razak mendekati rakyat.

Najib tidak mahu kepimpinan parti dalam Barisan Nasional leka, lalai dan mengikut rentak pembangkang dengan bermain politik retorik - menjanjikan bulan dan bintang semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Apa guna menipu rakyat sedangkan janji tersebut tidak mampu ditunaikan? Biarlah mengambil keputusan yang tidak popular sekalipun asalkan ia memberi manfaat secara menyeluruh. Biarlah ia tidak disukai rakyat asalkan tidak menipu mereka. Rakyat bukan patung atau lebih teruk dianggap binatang yang boleh ditipu sewenang-wenangnya.

"Kerajaan kita tidak ada ruang untuk beretorik terhadap rakyat. Banyak kerja yang  mesti dilakukan oleh kerajaan.

"Kerajaan kena bentangkan belanjawan tiap-tiap tahun dan bahas di dalam parlimen. Kemudian bila masa pelaksanaan, ia mesti dilakukan dengan baik.

"Bila masa pelaksanaan, kadangkala timbul masalah pula dan kerajaan kena selesaikan pula masalah tersebut. Apa yang kerajaan lakukan, ada auditnya.

"Rakyat juga menyemak apa yang kerajaan lakukan. Jadi tak ada ruang bagi kerajaan untuk beretorik terhadap rakyat.

"Malah kalau kita lihat dalam kerajaan BN ini, kita ada satu sistem 'report card' untuk memastikan segala janji-janji kerajaan telah pun tertunai atau sedang dalam proses untuk ditunaikan.

"Datuk Seri Najib Razak sendiri akan menyuruh kita untuk memastikan bahawa segala janji kita pada rakyat perlu ditunaikan.

"Itu yang saya lihat apa yang berlaku di dalam kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib hari ini.

"Kita tidak ada masa untuk retorik kerana kita sibuk melaksanakan agenda-agenda dan janji untuk rakyat di negara ini."

Demikian kata Annuar ketika menjawab pertanyaan seorang netizen melalui medium Facebook yang mengikuti siaran langsung program anjuran UMNO Online dan Penerangan UMNO Malaysia, Anda Tanya Kita Jawab  di PWTC pada hari kelmarin, 17 Januari 2018.

Sebelum ini Suara Lensa pernah menyiarkan artikel bertajuk "Negara ditadbir Najib, UMNO, BN jauh lebih baik berbanding DAP. Takut baca pendedahan ini?"

Baca selanjutnya untuk menilai sendiri cara pentadbiran Najib dan BN yang lebih baik berbanding BN di bawah Mahathir.

http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/negara-ditadbir-najib-umno-bn-jauh.html

Lantas itu, cuba kita perhatikan pula cara pentadbiran Pakatan Harapan. Bagaimana mereka berdepan dengan rakyat?

"Dengar orang nak stadium, mereka pun janji nak buat stadium. Ceritanya hebat. Ada empat buah masjid di empat penjuru. Warna Red Warrior. Tapi sampai sekarang tak buat.

"Lepas itu bila dengar pula rakyat nak lebuhraya, mereka pun janji buat lebuhraya. Kerajaan Pusat tak bagi peruntukan pun tidak mengapa, kita kutip derma. Tapi sampai sekarang tak jadi juga.

"Kononnya nak hapuskan GST, mereka akan kurangkan pendapatan negara sebanyak RM40 bilion. Pendidikan percuma kos akan naik sebanyak RM 20 bilion.

"Campur tolak, duit nak tanggung kos sebanyak RM60 biion itu datang dari mana pun tak tahu.

"Jadi itulah retorik. Janji sajalah kepada rakyat, asalkan popular. Soal nak laksanakan itu soal nombor dua," kata Annuar lagi.

Maka itu, sudah terang lagi bersuluh. Siapa dan parti apa yang lebih baik untuk terus mentadbir negara Malaysia tercinta ini.

Barisan Nasional, Barisan Nasional, Barisan Nasional. Inilah jawapan yang ramai sudah tahu.

#UndiBN #SokongBN #BetterNation #TolakPakatanPRU14

No comments:

Post a Comment