Buat-buat terkejut bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan 'bahasa kasar' ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA di ibunegara semalam, 5 November 2017.
Najib juga manusia, makan nasi. Beliau juga ada hati dan perasaan. Ada rasa marah. Cuma beliau jarang sekali mengucapkan kata-kata sedemikian. Dulu pernah juga beliau kata 'haramjadah' masa Perhimpunan Agung UMNO. Itu beberapa tahun sudah. Bukannya setiap hari Najib guna perkataan sedemikian.
Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang boleh dikatakan setiap masa mengungkap bahasa kasar. Segala jenis kata-kata kesat dihamburkan terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam siri ceramah mereka. Belum kira ucapan fitnah lagi...
Kenapa perlu sentap atau terasa dengan ucapan Najib? Betullah apa yang beliau katakan.
Puak pembangkang banyak menjual cerita-cerita fitnah bagi mengaburi mata rakyat. Daripada 10 tajuk, hanya 0.01 peratus saja yang betul.
Misalnya isu hubungan diplomasi Malaysia-China. Ada ke patut tuduh kerajaan Barisan Nasional menjual negara kepada China?
"Bodoh punya kerja! Saya taklah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini tanah air kita yang berdaulat. Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?" tegas Najib.
Itulah kerja bodoh pembangkang yang cuba mengambarkan persepsi tidak baik kepada pemimpin kerajaan BN. Kata Najib, ia adalah tuduhan tidak logik, mengarut dan hanya menipu rakyat saja.
Najib berkata kerajaan mempunyai pelan yang memberi kekuatan terhadap ekonomi negara seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat. Pakatan kini hanya cuba mengelirukan rakyat dengan berbagai fitnah. Mereka dengan sengaja memutar-belitkan fakta.
Perangai pemimpin pembangkang masih tidak berubah. Jika masih ingat, masa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) dulu mereka gunakan tajuk 40,000 pengundi Bangla. Bagi menunjukkan parti BN terdesak meraih undi. Padahal merekalah (pembangkang) yang desparado isu. Mereka tiada isu untuk menghentam pemerintah.
Kononnya BN menggunakan pengundi hantu. Sebaliknya parti mereka sendiri terpalit dengan isu ketelusan. Lihat saja bagaimana pemilihan DAP disifatkan sebagai tidak telus. Ahli DAP sendiri mempersoalkan tentang 'tangan ghaib' yang muncul dalam parti mereka sekaligus menjadikan Dinasti Lim kekal berkuasa.
Pemilihan pimpinan tertinggi Majlis Peguam yang dikuasai pembangkang turut dipersoalkan. Bagaimana Ambiga yang kononnya memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil serta bersih tetapi gagal memastikan ketelusan dalam pilihanraya Majlis Peguam itu sendiri.
Dulu Gelang Patah. Sebab itu beliau bertanding di sana. Sekarang orang Gelang Patah sendiri sudah lama tidak jumpa dengan Ahli Parlimen mereka. Nampaknya PRU14 nanti Kit Siang sekali lagi akan lari ke kawasan lain untuk bertanding dan mengekalkan kuasanya biarpun sudah lanjut usia. Kata DAP memperjuangkan pemimpin muda tapi pemimpin lama dalam parti masih gila kuasa!
Kononnya memperjuangkan nasib orang Cina sebenarnya tidak. Lihat pula MCA. Inilah parti yang benar-benar memperjuangkan orang Cina. Pemimpin tertinggi sudah bersilih ganti mengikut peredaran semasa. Tiada ahli keluarga yang mewarisi parti kerana parti MCA adalah satu perjuangan untuk semua.
MCA jugalah yang banyak memperjuangkan nasib orang Cina. Terbaru, kerajaan meluluskan pembinaan 10 SJKC baharu hasil usaha pemimpin MCA. Pemimpin DAP sekadar memperlekeh dengan pelbagai tohmahan. Namun MCA tidak menghiraukan itu semua. Apa yang pemimpin MCA utamakan adalah rakyat.
Inilah prinsip yang disuntik oleh Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib menerusi slogan 1Malaysia - Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan.
Sekali lagi sentimen perkauman sedang berlegar. UMNO diibaratkan seperti 'menyusu kera di hutan, anak dirumah mati kelaparan.'
Sedangkan UMNO dan BN masih berpegang kepada perjuangan asal. Seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, ya benar Islam itu adalah agama rasmi persekutuan namun agama-agama lain bebas diamalkan.
Begitu juga dalam pentadbiran kerajaan. Benar UMNO itu menguasai namun hak-hak kaum lain tidak sesekali dinafikan. Bukan saja orang Cina, hak kaum minoriti di Sabah dan Sarawak turut dibela. Jangan lupa, ada menteri yang berasal daripada kaum minoriti. Inilah yang dipraktikkan BN bagi memastikan setiap kaum di Malaysia terus terbela.
Negara ini bukanlah seperti organisasi politik pembangkang. Bapa jadi penasihat, anak jadi Ketua Menteri. Bapa pengasas, ibu jadi presiden, anak pula Naib Presiden. Ayah jadi Pengerusi, anak dipromosi untuk menjadi Perdana Menteri. Malaysia bukan milik individu sebaliknya milik semua rakyat Malaysia!
Selamatkan Malaysia daripada nafsu serakah pemimpin Pakatan Pro DAP!
#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14
No comments:
Post a Comment