AdSense

Wednesday, November 8, 2017

Aduan awam : SPAD tahan lori lebih muatan, langgar undang-undang jalanraya


Operasi Ops Hippo terus dijalankan selepas mendapat maklumat dan aduan orang ramai.

Untuk makluman, operasi ini adalah bertujuan memburu pemandu-pemandu lori yang membawa lebih muatan sekaligus mengundang risiko keselamatan pengguna jalanraya yang lain.


Pada 6 November 2017 baru-baru ini, Ops Hippo dijalankan di dua kawasan sekitar Kuantan iaitu Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Kuantan - Pekan.


Ops Hippo ini merupakan operasi bersepadu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Memetik kata Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, pihaknya berjaya mengenalpasti 40 kesalahan yang dilakukan pemandu lori pengangkut bahan binaan. Ia termasuk 25 kes melibatkan pemandu yang membawa lebih muatan.

Bagi mana-mana pesalah yang membawa muatan berlebihan, melanggar permit muatan dan seumpamanya akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


Sekali lagi diharapkan supaya orang ramai teruskan menjalin komunikasi dengan pihak berkuasa khususnya SPAD sekiranya ada berlaku kejadian seperti lori lebih muatan ini. Jangan bila sudah berlakunya kemalangan yang meragut nyawa baharu terfikir untuk menghubungi pihak berkuasa untuk pemantauan.


Kita tidak mahu kejadian atau kemalangan ngeri menguasai dada-dada akhbar. Bukan itu saja, kita juga tidak mahu melihat cermin kereta retak dan pecah akibat lori lebih muatan. Kita tidak juga mahu penunggang motosikal atau pejalan kaki yang tercedera akibat terkena objek daripada lori lebih muatan.



'Mencegah lebih baik daripada mengubati'.


No comments:

Post a Comment