Itulah laungan yang sering dijerit oleh kumpulan anti kerajaan suatu masa dahulu. Paling ketara pada musim kempen pilihanraya.
Sekitar tahun 2012, bos PKR Anwar Ibrahim pernah beberapa kali menyentuh tentang kebebasan media dalam negara.
Sedia maklum, kumpulan anti kerajaan ini cukup gemar meraih populariti dengan himpunan di jalanraya.
Awal Januari 2014, satu protes diadakan di tengah jalanraya kononnya mahu menuntut kebebasan media. Isu pada ketika itu ialah mengenai penggantungan akhbar The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 19 Disember 2013. Namun ia kembali diterbitkan pada awal Februari 2014.
Sebenarnya isu penggantungan itu sengaja diperbesarkan kumpulan anti kerajaan. Sedangkan ia (penggantungan) adalah kerana penerbitan (The Heat) tidak mengemaskini pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan.
Tidak timbul isu sekatan media. Jika tidak, bagaimana lain-lain akhbar seperti Harakah dan Keadilan bebas beroperasi? Begitu juga dengan portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah Daily, Keadilan Daily, Roket Kini dan banyak lagi bebas menyiarkan berita?
Kami menuntut kebebasan media! Kebebasan bersuara! Itu dulu... masa mereka berkempen meraih undi. Bila sudah menjadi pemerintah, lain pula kisahnya.
Pada 10 November 2017, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR) mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta!
Tindakan ini membuktikan kebenaran yang mengatakan Azmin anak didik Mahathir. Mahathir kini giat berpolitik bagi mencari nafas buat keluarga dan kroni. Pemerintahan kuku besi 22 tahun Mahathir yang menyekat kebebasan media kini diikut Azmin. Tindakan Azmin ini jauh bertentangan dengan perjuangan asal PKR di bawah kuasa Anwar Ibrahim. Keputusan Azmin ini juga tidak sama dengan prinsip Anwar pada tahun 2012. Apakah kiblat politik Azmin kini adalah Mahathir? Mahathir yang pernah menjadi musuh nombor satu bos PKR Anwar? Anwar kini dipinggirkan?
Biarkan... Kem parti pembangkang sentiasa bergolak dan berpecah belah. Masing-masing hanya mengutamakan kepentingan peribadi.
Sementara itu, bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula, Azmin hanya hebat mengharamkan akhbar Melayu tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.
Jelas di sini Azmin yang mewakili PKR kecut dengan DAP yang lebih berkuasa dalam pemerintahan negeri tersebut.
Kenyataan penuh TSAM balun Azmin :
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan, sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.
Ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah `inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa.
Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama dilihat sebagai `musuh’ kepada dasar kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.
Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan diketuai DAP.
Kerajaan negeri Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Kumpulan Malaysia dan Berita Harian terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dan mereka tidak pernah di didiskriminasikan.
Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP.
Mohamed Azmin juga terlupa bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranan yang besar sebelum ini dalam sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor.
Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah.
Masyarakat hari ini lebih celik mata dan fikiran. Bagaimana dulu tuntut kebebasan media dan kebebasan bersuara tapi setelah berkuasa meranapkan kebebasan itu? Cara ini ternyata amalan
diktator. Sama seperti zaman Mahathir. Penulis masih ingat, mana-mana wartawan yang 'salah tulis' sikit pasti dikenakan amaran. Paling dahsyat ada yang terus dipecat! Hanya kerana menulis sesuatu yang tidak condong kepada Mahathir!
Berbeza dengan zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Media cetak, elektronik termasuk portal-portal pro pembangkang dibenarkan beroperasi tanpa sekatan. Bahkan media sosial juga dibiarkan bebas. Media dan rakyat bebas bersuara. Sampaikan akaun Facebook Najib pun tidak disekat. Ada saja komen-komen merapu oleh kumpulan anti Najib dan anti kerajaan.
Tepat sekali apa yang dikatakan oleh ramai pemerhati politik bahawa era Najib lebih demokrasi.
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14
Demokrasi versi DAP |
Demokrasi versi DAP |
No comments:
Post a Comment