AdSense

Thursday, November 30, 2017

Guan Eng dan Chin Tong boleh kata apa saja tapi tak boleh nafikan fakta - Wee Ka Siong


Ya, pemimpin DAP boleh kata apa saja yang mereka suka tapi tidak boleh menafikan fakta. Semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak rakyat dapat melihat tipudaya mereka.


Biasalah, kerja pemimpin DAP ialah memburuk-burukkan kerajaan Malaysia yang ditadbir Barisan Nasional.

Sehingga tanpa sedar, mereka sebenarnya cuba mengelirukan masyarakat dengan ucapan yang mengarut.


Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dengan angkuh menuduh kerajaan BN Negeri tidak menyediakan peruntukan yang cukup untuk masyarakat Cina di negeri tersebut.

Ini sebenarnya tipu helah pemimpin DAP.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menempelak kenyataan tersebut. Kata Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, sejak Datuk Seri Mohamed Khaled menjadi Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM50 juta untuk membantu komuniti Cina!

Ini baru benar-benar membela rakyat! Biarpun MB nya UMNO tetapi soal rakyat tidak sesekali dibezakan. Erti kata, orang Cina terus bersama MCA dan MCA pula bersama-sama dengan komponen Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat.


Pemimpin DAP mungkin boleh menuduh itu ini namun mereka gagal menafikan fakta dan realiti.

Hakikat menyedari bahawa pemimpin DAP cuba menutup busuk diri sendiri.

Tahukah pembaca, berapa jumlah peruntukkan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membantu masyarakat Cina?

Untuk makluman, DAP hanya memperuntukkan RM4.09 juta saja! Itu pun mereka canang sana sini khususnya kepada komuniti Cina kononnya DAP parti pembela. Kononnya DAP sayang pada masyarakat Cina.

Sebaliknya apa yang berlaku, DAP hanya sayang pada mereka yang ada kena mengena dengan Dinasti Lim saja!

Tiada parti yang mampu membela masyarakat Cina melainkan MCA dibawah payung Barisan Nasional. Sejak dahulu, MCA lah yang banyak membantu dan memperjuangkan nasib orang Cina. Bukan macam DAP yang hanya mempermain, perbodoh dan mengabaikan orang Cina.

Justeru buat masyarakat, sedarlah bahawa DAP bukanlah parti yang mampu membela rakyat. Parti Roket ini hanya memperjuangkan kepentingan diri mereka sendiri saja dibawah naungan Dinasti Lim!


No comments:

Post a Comment