Sebelum tu, penulis ingin bertanya kepada para pemimpin Islam dan Melayu yang bersekongkol dengan DAP, apakah kalian berada pada jalan yang benar?
PAS sudah meninggalkan DAP kerana mengakui terpedaya dengan politik cauvinist itu. Ramai lagi orang Islam dan Melayu yang meninggalkan DAP. Kenapa?
"Kes yang berlaku pada bulan Mei tahu 2011 telah membuka mata saya. Ketika itu, mereka mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di Pulau Pinang, ada suara-suara di dalam perjumpaan itu berkata ingin menjadikan Malaysia sebagai negara bukan Islam.
"Ketika itu, mereka ingin meraikan kejayaan mereka meraih kemenangan 12 kerusi di Pilihan Raya Negeri Sarawak. Mereka ingin raikan calon yang bertanding. Sejak itu saya mula nampak, bila dah berlaku depan mata baru kita boleh tahu."
Demikian kata bekas aktivis DAP, Razali Abdul Rahman dalam Program Diskusi UMNO-Online : Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia semalam, 29 November 2017.
Dalam masa sama, Razali juga menegaskan bahawa pendekatan C&C (Convince And Control) amalan DAP untuk mendekati masyarakat juga merupakan impak buruk kepada masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Untuk makluman, C&C ini merupakan kitab rujukan kebanyakkan negara komunis.
“DAP kalau depan orang Melayu, mereka akan bercakap apa yang orang Melayu suka dengar. Apabila berada dengan kaum Cina, lain pula yang mereka cakap, sebab mereka menggunakan satu pendekatan yang dipanggil C&C.
"Sebagai contoh ketika banjir melanda Pulau Pinang baru-baru ini. Semua dapat lihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menangis-nangis dan merayu bantuan kerajaan pusat untuk membantu rakyat di Pulau Pinang, namun setelah bantuan dihantar, tak sampai seminggu beliau kembali menghentam kerajaan pusat.
“Beliau boleh kata kerajaan tidak bantu apa pun terhadap rakyat Pulau Pinang. Inilah sikap kepimpinan DAP yang tidak pernah menghargai jasa dan bantuan orang lain. Apa yang mereka tahu hanya menyalahkan orang lain untuk menutup kesilapan dan kegagalan mereka,” kata Razali.
Inilah politik ajaran DAP. Jika pembaca masih ingat pada tahun 2013, Guan Eng pernah digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz semata-mata ingin meraih sokongan pengikut PAS.
Tetapi bila PAS keluar DAP, mereka sedar yang sokongan Melayu terhadap mereka semakin hilang. Lantas itu Parti Amanah Negara (PAN) diwujudkan dengan tujuan boleh menarik undi Melayu melutut pada DAP.
DAP cukup pandai menyusun strategi politik mereka dalam usaha menyelamatkan dinasti Lim.
"Ketika saya bersama mereka, PAS sudah bergabung dengan DAP dan ketika itu Mat Sabu merupakan ahli lembaga Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA)," tambah Razali.
Mat Sabu sudah ada tempat dalam DAP. Dulu DAP harap Mat Sabu menang pemilihan PAS untuk jadi Presiden. Tapi gagal. PAN ditubuhkan dan dapatlah Mat Sabu jadi Presiden dan menjalankan kerja-kerja menipu orang Melayu dan Islam.
Wan Ji Wan Hussin (individu yang berhasrat menghapuskan kuasa raja-raja) juga dilantik menjadi Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam masa sama budak suruhan ini juga bertugas sebagai 'pembela DAP' dalam perkara berkaitan Islam. Erti kata lain, gelaran 'ustaz' juga menjadi kuda tunggangan DAP bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Apa yang hendak dibanggakan sangat menjadi Melayu dan Islam yang ditunggang DAP?
No comments:
Post a Comment