AdSense

Tuesday, October 31, 2017

PEMBANGKANG BETUL-BETUL BANKRAP ISU


Kasihan woo tengok pemimpin pembangkang terpaksa bangkitkan soal remeh temeh dalam Dewan Rakyat.

Sepatutnya Dewan Rakyat membincangkan soal dasar negara dan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada rakyat.


Semalam, isteri kepada Anwar Ibrahim yang juga ibu kepada MP Lembah Pantai aka Naib Presiden PKR Nurul Izzah iaitu Wan Azizah Wan Ismail memaparkan aksi kelakarnya seperti biasa.

Sudahlah percakapannya tak faham, tak beri laluan pada MP Barisan Nasional mencelah, bangkitkan pula hal remeh temeh - penginapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Amerika Syarikat.

Sedangkan soal penginapan sepanjang lawatan tersebut tiada kaitan langsung dengan dasar dan kepentingan negara.

"Saya sendiri dijemput oleh Presiden A.S Trump untuk bermain golf dan beliau sendiri menghantar saya ke kereta.

"Perkara ini bukan soal dasar, yang dasarnya ialah Malaysia MENDAPAT PENGHORMATAN TINGGI daripada pemimpin A.S." - Najib Razak, 30 Okt 2017.

Lagi satu, tengoklah isu penghapusan etnik Rohingya. Malaysia yang ketengahkan isu tersebut dan kemudiannya mendapat respon balas yang positif daripada A.S. Inilah antara sebab Malaysia dihormati negara luar.

Fardhu Ain - Mementingkan perkara wajib (mendahulukan rakyat).

Fardhu kifayah - Hak dan kepentingan ummah seluruh dunia.

This is Barisan Nasional.
SUARALENSA

No comments:

Post a Comment