Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terkedu apabila tohmahannya terhadap kerajaan Barisan Nasional dibalas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.
Guan Eng yang juga anak kepada diktator DAP Lim Kit Siang menyifatkan pengumuman kerajaan berhubung kelulusan pembinaan 10 buah sekolah Cina yang baharu sebagai janji kosong.
Perlukan bukti untuk mengesahkan bahawa kerajaan benar-benar hendak membina sekolah tersebut.
Bagi Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA, kenyataan Guan Eng itu hanyalah bertujuan memutarbelitkan fakta dan memberi persepsi tidak tepat kepada masyarakat Cina. Dengan harapan orang Cina menyebelahi DAP.
Walhal, orang Cina sudah mula sedar bahawa MCA adalah parti yang benar-benar membela nasib mereka terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Bukannya seperti DAP. Sejak wujud, berapa banyak sekolah yang mereka dirikan?
Untuk makluman, sejak 17 tahun yang lalu, BN menerusi MCA sudahpun membina dan menambahbaik 99 buah sekolah Cina!
Pada, 26 Oktober lalu, Kementerian Pendidikan telah meluluskan permohonan pembangunan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) iaitu masing-masing lima di Johor dan Selangor.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pembangunan sekolah itu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina dan dibina di kawasan penduduk kaum Cina yang ramai. Manakala enam buah SJKC sedia ada juga akan dipindahkan ke lokasi baharu.
Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula, beliau berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang prihatin dengan permintaan parti komponen bagi penambahan SJKC baharu khususnya di kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
"Kita dah mohon penambahan ini sejak tahun lalu dan akhirnya kerajaan dapat meluluskannya. Kelulusan yang diberikan ini mampu mengurangkan kesesakan murid di sekolah tertentu.
"Pembinaan SJKC ini akan dilakukan secepat yang mungkin namun secara berperingkat dan kami juga berharap kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mempercepatkan urusan berkaitan tanah."
Patutlah pemimpin DAP bengang sangat dengan BN dan MCA. Takut sokongan orang Cina beralih arah kepada kerajaan BN rupanya!
Parti cilaka dapigs pernah mengaku
ReplyDelete" KITA GUNA MELAYU UTK SKREW MELAYU"
Namun masih ada Melayu spesis LGBT yg sanggup dibaruahkan oleh kapir dapigs.
Contoh? Raja Liwat Al Juburi dan geng2 pondannya.