AdSense

Tuesday, September 26, 2017

UMNO perjuang Islam, tak rasis jauh sekali ekstremis


Puak pembangkang cukup gemar melabelkan parti keramat UMNO sebagai satu parti rasis. Kononnya hanya memperjuangkan orang Melayu, meminggirkan kaum-kaum lain. Kononnya UMNO sebuah parti ekstremis yang suka bergaduh dengan kaum-kaum lain.


Hakikat menyedari, puak pembangkang atau lebih dikenali dengan nama #PakatanProDAP ini makin kering modal untuk menyerang parti UMNO.

Sedia maklum, UMNO bukanlah satu parti yang wujud setahun dua. Masuk tahun ke 70 tahun, UMNO merupakan satu parti yang cukup kukuh dan matang. Banyak pengalaman dalam menguruskan negara - satu fakta yang merisaukan puak pembangkang. Mereka semakin buntu mencari jalan menumbangkan parti keramat ini.


Puak pembangkang akan menggunakan apa saja cara untuk dijadikan isu politik. Penulis masih ingat, pemimpin pembangkang pernah menyatakan,

'Untuk menumbangkan UMNO, perlulah menumbangkan kepalanya dahulu. Iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.'

'Untuk menggulingkan kerajaan, perlulah menumbangkan parti yang berkuasa dahulu iaitu UMNO'

Sebab itu UMNO sering dilabel dengan parti perkauman. Namun pembangkang gagal mengaburi minda rakyat. Rakyat melihat kepada realiti. UMNO tidak mentadbir negara secara sendirian.


Sebaliknya bersama-sama dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Pembangkang jadikan isu agama untuk menggambarkan persepsi tidak tepat kepada UMNO. Seolah-olah ingin mengatakan UMNO sebagai pelampau agama. Ekstremis seperti pemimpin-pemimpin di negara luar.

(Terkini : Isu pesta arak juga dipolitikkan. Kononnya pemerintah UMNO dan Barisan Nasional tidak membenarkan orang bukan Islam minum arak. Sedangkan penganjuran dibatalkan atas sebab keselamatan sebagaimana nasihat polis. Tambahan pula, pesta arak atau gay bukanlah budaya ketimuran Malaysia!)

UMNO dilabel menghalalkan kezaliman. Rakyat dizalimi dan ditindas kononnya. Hidup rakyat melarat. Padahal yang melarat itu boleh dikira dengan jari. Melarat kerana kurang bernasib baik.

Melarat yang malas dan salah diri sendiri seperti penagihan dadah dan kesalahan jenayah itu lebih ramai. Begitu juga 'melarat' disebabkan fitnah seperti Naib Presiden PKR yang kena saman RM300,000. Bukankah tangan sendiri yang menzalimi diri sendiri?

Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, UMNO sebenarnya parti yang berlandaskan ajaran Islam. Mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Dalam Islam tidak dibenarkan melakukan kezaliman apa lagi melakukannya terhadap kaum sendiri.

"Tidak salah rasa sayang kepada kaum kerana rasa sayang pada kaum itu adalah satu fitrah semula jadi manusia."

Salahkah UMNO menyayangi orang Islam dan Melayu? UMNO bukan seperti dahulu, hanya sayang pada kroni.

Payah sekali untuk menumbangkan Najib kerana beliau dipilih akar umbi secara demokrasi.

Payah sekali untuk menumbangkan UMNO kerana akar umbi akan terus dan sentiasa mempertahankan institusi presiden yang penuh dengan prinsip demokrasi.


UMNO hari ini lebih baik dan relevan. Islam diletakkan pada tempat paling tinggi. Dalam masa sama mentadbir secara moderat - tidak meminggirkan kaum-kaum minoriti. Paling utama, UMNO tidak ekstremis dalam berpolitik kerana parti keramat ini memilih cara bersederhana.

Ikuti video penuh siri Dialog Perjuangan 4 All - Parlimen Seremban di sini :

No comments:

Post a Comment