AdSense

Sunday, September 24, 2017

DAP berang MCA tak 'ikut kata' dalam isu pesta arak


Cubaan pemimpin DAP mengheret MCA dalam isu pembatalan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' nampaknya gagal.


Pemimpin MCA dilihat lebih waras dan rasional apabila menerima keputusan pembatalan tersebut atas faktor keselamatan awam.

Iyalah, lebih 6000 peserta akan hadir dan ianya dianjurkan di tempat terbuka. Tidak mustahil berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Andai kata berlakunya kejadian tidak baik, sudah pasti menyusahkan pasukan keselamatan. Lebih penting, membahayakan orang ramai. Sudah pasti, kerajaan akan dipersalahkan.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP sengaja menjadikan isu pembatalan festival tersebut sebagai bahan politik. Seolah-olah menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak membenarkan orang bukan Islam meminum arak.

Sebagai pemimpin yang waras, Liow tidak menaik status dalam Facebook atau menghasut masyarakat Cina dalam Twitter. Sebaliknya beliau membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet pada 20 September baru-baru ini.


Beliau dimaklumkan bahawa keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat adalah atas faktor keselamatan sepertimana yang dinasihatkan polis.

Liow dan MCA lebih membela rakyat. Bagi Liow, sebagai pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab, keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan.

Bukan macam pemimpin pembangkang khususnya DAP yang cukup suka bermain dengan sentimen perkauman. Seperti yang penulis katakan tadi, mereka cuba menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak membenarkan orang bukan Islam meminum arak. Satu persepsi yang tidak tepat sama sekali!

Pemimpin DAP siap buat surat terbuka dalam Facebook, siap keluar kenyataan bersama yang disahkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen. Kononnya 'memperjuangkan' hak orang bukan Islam dalam soal pengambilan minuman keras. Siap heret MCA agar bersama-sama dengan 'perjuangan' mereka.

Melucukan, pemimpin DAP juga cuba memanipulasi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Patriotik Orang Cina minggu lepas. Pemimpin DAP cuba menafikan ucapan Najib yang kata kerajaan mengamalkan prinsip demokrasi, kerajaan memperjuangkan hak rakyat berbilang kaum.

Ternyata pemimpin DAP tidak ada modal untuk menyerang kerajaan BN. Penganjuran pesta arak ini tidak dibenarkan oleh DBKL atas nasihat polis. Penulis rasa, pemimpin DAP fikir bahawa tiada anggota bukan Islam di dalam pasukan DBKL dan polis? Inikah mentaliti pemimpin DAP yang penuh dengan pemikiran rasis?

Bila bercakap soal keselamatan, tiada apa yang boleh dikompromi. Penganjuran pesta seperti ini bukanlah sesuatu yang digalakkan. Pemimpin DAP mungkin boleh guna cara ala peguam - Menggunakan kes-kes terdahulu sebagai rujukan.

Dulu, penganjuran sama telah diadakan. Namun tiada pula halangan oleh pihak berkuasa. Sebenarnya mereka juga lupa, dulu penganjuran hanya melibatkan kira-kira 3,000 orang. Kali ini, 6,000, satu kali ganda daripada pengajuran lepas.

Walaupun penganjuran lalu tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, namun pemimpin DAP seharusnya tidak menjadikan ia sebagai tiket halal untuk penganjuran tahun ini.

Dengan jenayah yang tanpa diduga, kebarangkalian pesta tersebut diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas dan sebagainya... Adakah pemimpin DAP mengambil kira tentang ini?

Lupakah pemimpin DAP tentang serangan bom tangan di sebuah bar hingga mencederakan lapan orang di pusat hiburan Movida, Puchong, 28 Jun 2016?


Atau pemimpin DAP sengaja mahu membuka ruang kepada kejadian sedemikian? Kemudian menyalahkan kerajaan kerana tidak mengawal keselamatan awam?

No comments:

Post a Comment