AdSense

Thursday, September 14, 2017

TUHANKAH ZAINUDIN MAIDIN, BOLEH BAGI DOSA PAHALA?


Hidup mati dipolitikkan, dosa pahala dibuat mainan... apa sudah jadi dengan manusia hari ini? Sanggup membuat sesuatu benda yang bodoh hanya kerana kepentingan politik?

Inilah budaya politik kebencian yang sedang meresap ke dalam jiwa masyarakat khususnya pemimpin serta penyokong kumpulan anti-kerajaan.


Zainudin Maidin, cuba memberikan dosa kepada Menteri Pendidikan kerana kononnya tidak prihatin berhubung tragedi menyayat hati kebakaran sekolah tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur.

Sepatutnya, sebagai seorang bekas Menteri Penerangan, beliau tahu apa sebenarnya berlaku terhadap institusi takfiz atau pondok dalam negara. Melainkan beliau hanya baharu hari ini mahu menulis mengenainya.

Untuk makluman Zainudin Maidin yang juga seorang penyokong tegar Pakatan Pro DAP, sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, banyak peruntukkan diberikan kepada institusi pondok dan sekolah-sekolah agama termasuk tahfiz. Belanjawan negara pada tahun-tahun sebelum ini ada memperuntukkan sejumlah bantuan kepada institusi tersebut.

Pada awal Mei lalu, peruntukan RM80 juta diberikan kepada 819 Sekolah Pondok, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa  pendidikan Islam.

Agihan RM50 juta kepada Sekolah Pondok dan SMAR adalah di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017, termasuk bagi RM30 juta bagi menyelaras dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Belum pernah dalam Belanjawan negara, satu bajet dikhususkan hanya untuk pembangunan dan bantuan kepada sekolah agama seperti yang dilakukan Najib.

Sudah banyak sekolah berasaskan pendidikan Islam menerima manfaat daripada keprihatinan kerajaan ini. Baik bantuan kewangan untuk tenaga pengajar, pengoperasian, tambahbaik infrastruktur dan bantuan-bantuan lain.

Namun, sekolah-sekolah ini perlulah berdaftar dengan pihak berwajib. Dalam hal ini, sekolah yang berasaskan agama Islam perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

Ini bertujuan memudahkan pihak berwajib memantau pergerakan pembelajaran. Dikhuatiri mengandungi unsur-unsur ajaran sesat atau keganasan. Berdaftar tidak bermaksud sekolah ini dimiliki pihak berkuasa. Tidak sama sekali.

Tahukah Zainudin Maidin bahawa siasatan awal kebakaran di Keramat pagi tadi disebabkan litar pintas. Difahamkan juga bangunan itu tidak memiliki sijil selamat menduduki (CF). Sebagai bekas Menteri Penerangan yang berilmu, Zainudin pasti tahu bahawa pihak pentadbir bangunanlah yang seharusnya bertanggungjawab memastikan keselamatan bangunan.

Namun yang demikian, diakui bahawa proses permohonan CF ini bukanlah sesuatu yang mudah. Barangkali pihak pentadbir sudah tawar hati untuk memohon CF. Jika mahu mencari kesalahan orang lain, adakah wajar kita salahkan pihak bomba kerana merumitkan proses tersebut?

Sebelum ini, kita juga perlu faham barangkali bukan sengaja pihak berkuasa mahu mengetatkan prosedur berkenaan. Iya, soal keselamatan tidak boleh dikompromi. Tetapi untuk menyalahkan pihak lain terhadap kejadian kebakaran yang meragut nyawa seperti yang sedang berlangsung di media sosial pro pembangkang merupakan tindakan yang tidak wajar.

Apatah lagi cuba memberikan dosa pahala kepada orang lain. Tuhankah Zainudin Maidin, boleh bagi dosa pahala?

Kun Faya Kun

Dari FB Kaki Bakar Line

1 comment: