AdSense

Tuesday, September 5, 2017

Selamat bertugas KPN baharu DS Mohamad Fuzi Harun


Editorial Suara Lensa mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Ketua Polis Negara yang baharu iaitu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun bagi menggantikan tempat Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada 4 September 2017.


Sedia maklum, Mohamad Fuzi sebelum ini merupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Ada yang persoal kenapa bukan Timbalan KPN yang menjawat jawatan tersebut menggantikan Khalid? Jawapannya mudah, Timbalan KPN Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim juga akan bersara wajib tidak lama lagi. Itu saja. Mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan kepimpinan PDRM itu perlu banyakkan buat 'homework' okay.


Sedikit latarbelakang Mohamad Fuzi :

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara wajib.

Selepas itu beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM, seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015.

Mohamad Fuzi yang dilahirkan di Parit, Perak, menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara.

Di kesempatan ini juga kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tan Sri Khalid yang bertugas dengan cemerlang selama ini. Jasamu dikenang sepanjang hayat.

Tahniah juga kerana dilantik sebagai Pengerusi Prasarana. Kami yakin dan percaya Tan Sri akan mengepalainya dengan cemerlang juga.

No comments:

Post a Comment