AdSense

Thursday, September 7, 2017

Cepatkan projek MRT3, lengkapkan jaringan pengangkutan awam di ibu negara


Pengangkutan bandar yang mampan terus menjadi agenda nasional bagi kepentingan komuniti dan pembangunan negara.

Sedia maklum, sejak MRT beroperasi misalnya, imej Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia ternyata berubah lebih maju dan hebat!

Selain menjadi bualan masyarakat dunia, sistem pengangkutan yang hebat itu turut merancakkan ekonomi negara dan setempat. Ini adalah realiti sehingga membuatkan pengkritik terpaksa mengakuinya!


Bukan sembang kosong... Tarikh 16 Disember 2016 menjadi catatan sejarah berharga negara apabila fasa pertama MRT laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km mula beroperasi.

Disusuli operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai baru-baru ini sekaligus melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51km merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Ya, cantik tarikh itu, 7.7.17 dan tidak hairanlah penulis berupaya mengingatinya. Penulis yakin, pembaca juga ingat pada tarikh kebanggaan negara itu bukan?

Lebih menarik mengenai laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini ialah ianya berintegrasi dengan perkhidmatan LRT, Monorail dan KTM Komuter. Maksudnya, ia saling berhubung antara satu sama lain. Lebih mudah untuk penggunanya. Tak cukup dengan itu, ada bas pengantara lagi. Terpampang dengan besar tulisan #JomNaikMRT

Bagi projek MRT2 Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya pula, ianya dijangka siap pada tahun 2024. Manakala projek MRT3 pada tahun 2027.

Untuk makluman, laluan MRT3 akan melalui kawasan yang berkapasiti tinggi sekitar Greater KL dan akan menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada seterusnya melengkapkan jaringan pengangkutan awam di ibu negara.

Memandangkan kesan yang sangat positif, pihak Kementerian Pengangkutan merasakan adalah lebih baik jika projek MRT3 disegerakan. Tambahan pula setiap projek memerlukan masa lebih kurang 5 tahun untuk disiapkan.


Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai sudahpun membawa perkara ini kepada Perdana Menteri dan mendapat respon positif. Bagaimanapun, Liow menyifatkan ianya masih dalam perbincangan serta akan mengambil kira pendapat lain-lain pihak seperti Unit Perancangan Ekonomi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Perdana Menteri.


Sebenarnya secara tidak langsung, Liow dan kementeriannya telah mewakili suara majoriti pengguna pengangkutan awam yang begitu teruja dengan agenda nasional ini. Begitu juga dengan penulis, rasa tidak sabar untuk melengkapkan sistem pengangkutan awam dalam bandar yang hebat ini!


Seperti kata Liow yang juga Presiden MCA semasa ucapan dalam Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar Mampan 2017 di MECC pada 5 September baru-baru ini bahawa, perancangan rangkaian pengangkutan yang kukuh dan teliti, kita boleh mewujudkan lebih banyak bandar berorientasikan koridor, rangkaian transit massa, mengurangkan jarak pengangkutan dan lebih dekat dengan stesen pengangkutan.

Syabas kerajaan Malaysia!

#1MalaysiaNegaraku

No comments:

Post a Comment