AdSense

Wednesday, September 13, 2017

Sarapan terakhir sebelum dilanggar jentolak


Berair mata darah sekalipun, tidak dapat mengubati luka masyarakat dalam kawasan DUN Rawang apabila sebuah dewan bersejarah yang berusia 40 tahun dilanggar rakus jentolak milik Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Penduduk menyifatkan tindakan ini mendapat restu daripada ADUN di kawasan tersebut iaitu Gan Pei Nei.


Difahamkan, setelah Selangor dikuasai Pakatan Rakyat, banyak dewan MCA yang digunakan orang ramai akan dirobohkan. YB ADUN dikatakan 'sakit mata' melihat lambang MCA di dalam kawasan jajahannya.

Inilah yang berlaku pada dewan Dato’ Lee Kim Sai. Sesuai dengan usianya, dewan ini mempunyai memori yang sangat manis buat penduduk setempat. Namun apa kan daya, pemimpin dan ahli MCA terpaksa tunduk pada kuasa pemerintah negeri.


Pemimpin di dalam kerajaan negeri PR Selangor ini langsung tidak memikirkan kebaikan masyarakat dengan adanya dewan ini. Hanya kerana ia mesra MCA, maka dirobohkan dengan rakus.

Sama seperti jentolak yang melanggar deretan kedai peniaga kecil sebelum ini. Termasuk di Pulau Pinang.

Pemimpin di dalam pakatan seolah-olah mahu menunjukkan kekuasaan mereka dengan bersenjatakan jentolak. Sementara pasukan penguatkuasa dijadikan askar yang berada di hadapan.


Berbalik semula kes perobohan dewan Dato' Lee Kim Sai, suasana menyedihkan menyelubungi pagi hari kejadian, 2 hari lepas.

Rata-rata masyarakat setempat bersama pemimpin dan ahli MCA beramai-ramai berkumpul di dalam dewan tersebut. Mereka menikmati sarapan terakhir sebelum ianya dilanggar jentolak tepat jam 10 pagi.

Usaha membuat benteng manusia dilakukan. Pengerusi MCA Selayang Datuk Goh Ah Ling juga ada mengatakan pihaknya berusaha untuk mempertahankan dewan tersebut.

Namun gagal menghalang 'kuasa Pei Nei' daripada terus melenyek dewan bersejarah tersebut.

Apa yang boleh dilakukan ialah merujuk perkara tersebut dengan peguam dilantik bagi menimbangkan tindakan selanjutnya.

Tambah Goh Ah Ling, ia termasuk salah guna kuasa oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei yang mengeluarkan surat dewan baharu itu bakal diuruskan oleh JKKK.

“Sedangkan melalui PTD Gombak memaklumkan semua pihak bebas menggunakan dewan itu dan ia diuruskan di bawah pihak berkuasa tempatan.”


Untuk makluman, MCA pernah mencadangkan diberikan tanah gantian atau hak pengurusan dewan baharu kepada JKKKP namun ditolak.

Cadangan baharu kemudiannya diusulkan dengan meminta supaya pengurusan dewan tersebut diuruskan sama rata, namun tiada jawapan.

Kepada mereka yang ada pengalaman manis di dewan Dato' Lee Kim Sai, kini ia sudah menyembah bumi. Jangan marahkan masyarakat setempat yang gagal menghalang tetapi marahlah pemerintah kerajaan negeri Selangor yang berkuasa.

No comments:

Post a Comment