Semai kekeliruan dan menimbulkan persepsi menjadi cara pemimpin pembangkang menggerakkan perang saraf mereka bagi menumbangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Sedia maklum, UMNO sebagai parti yang menerajui BN dijadikan sasaran oleh puak pembangkang termasuk mereka yang pernah berada di dalam kerajaan sebelum ini seperti puak PPBM yang dikepalai Mahathir.
Tengoklah bagaimana Mahathir menyerang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. Apa dia kata? Kononnya Zahid datang menyembahnya bagi mendapatkan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebenarnya Mahathir sedang menjalankan misi memecah belahkan pimpinan UMNO dengan cara melaga-lagakan pemimpin. Cara sebegini biasa diamalkan Pakatan Rakyat semasa berkempen pada PRU13 lalu.
Politik kebencian, perpecahan dan perkauman menjadi modal utama mereka pada ketika itu. Jika masih ingat, begitu banyak tragedi dijadikan modal untuk menyerang kerajaan. Kononnya kerajaan berkonspirasi di dalam pencerobohan di Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dan banyak lagi.
Kumpulan anti-kerajaan atau anti-BN cuba menggambarkan bahawa apa saja tragedi yang berlaku dalam negara adalah kerana 'salah kerajaan', 'salah BN', 'salah UMNO', 'salah Najib', 'salah Rosmah'.
Pendek kata, tayar motor pancit juga salah kerajaan.
Sekarang, Mahathir barangkali 'diarahkan' oleh DAP untuk menjalankan kerja-kerja pemecah belah ahli UMNO. Mungkin DAP merasakan Mahathir dan PPBM mempunyai ramai tali barut di dalam UMNO.
'Potong kepala dulu'
Kepala perlu dipotong terlebih dahulu sebelum ekor. Ini basic yang ramai orang tahu. Jadi Mahathir sebagai perkakas DAP perlu menyerang pemimpin UMNO secara konsisten. Pemimpin nombor satu (Najib) dan dua (Zahid) menjadi senarai utama puak #PakatanProDAP.
Najib diserang acap kali sebelum ini. Mungkin dilihat tidak memberi kesan, maka serangan beralih kepada Zahid. Ini bukan sekadar serangan untuk 'membunuh' Zahid saja tetapi cubaan menggunakan Zahid untuk 'membunuh' Najib.
Cerita Zahid sembah Mahathir untuk jatuhkan Najib digunapakai. Mereka mengharapkan, Najib melakukan sesuatu terhadap Zahid. Menimbul perasaan ketidakpercayaan Najib kepada Zahid.
Klimaks kepada itu, mengharapkan Najib memecat atau menyingkirkan Zahid.
Namun, Najib bukanlah orang yang baru kenal politik. Begitu juga dengan Zahid. Kedua-dua pemimpin ini diakui sebagai gandingan yang paling mantap. Tidak sebegitu mudah untuk melaga-lagakan mereka apatah lagi memecah belahkannya.
Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula, ahli-ahli parti perlu lebih berhati-hati dengan permainan puak Pakatan pro DAP termasuk bekas presiden Mahathir. Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap dengan strategi musuh khususnya puak Pakatan Harapan (PH) itu.
Tegasnya, fitnah Mahathir terhadap Zahid adalah satu lagi percubaan untuk menanam rasa syak wasangkan dalam kalangan ahli UMNO.
Sama juga dengan tuduhan Mahathir sebelum ini mengenai kehilangan RM42bilion wang 1MDB. Kononnya lesap. Padahal ia sengaja direka-reka bagi mengapi dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.
Dalam masa sama Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh ini turut mempersoalkan sifat putar belit dan tidak berpendirian Mahathir dalam beberapa perkara. Dulu serang DAP dan Lim Kit Siang, kata rasis dan anti-Melayu, hari ini kata tidak memusuhi DAP pula.
Dulu kata bekas timbalannya Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin kerana kesalahan moral yang mengaibkan. Hari ini sanggup bertemu Anwar di mahkamah bagi memberi sokongan.
Dulu kata jangan percaya media barat, campurtangan kuasa asing. Hari ini media barat dijadikan rujukan dan undang campurtangan asing.
"Sekiranya begitu mudah Tun M membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya." - Annuar Musa.
*Mahafiraun, mahazalim dan lain-lain gelaran diberikan pemimpin pembangkang kepada Mahathir sebelum ini. Sejarah tidak boleh dipadam.
No comments:
Post a Comment