Monday, August 7, 2017

IKLAN TIPU - MAINKAN PERASAAN IBU BAPA!


Iklan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 sekolah berasrama penuh tahun 2018/2019 ditular dalam media sosial dan pelbagai aplikasi atas talian seperti WhatsApp.


Untuk makluman pembaca, ia sebenarnya mesej PALSU!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menafikan iklan berkenaan.

"KPM juga ingin menyatakan maklumat yang tertera di dalam laman sesawang tersebut adalah menggunakan maklumat yang telah digunakan bagi permohonan tahun 2017 tetapi tajuk iklan ditukar kepada sesi 2018/2019."

Apa tujuan mesej palsu ini disebarkan? Tahukah mereka bahawa KPM sudahpun membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung perkara ini? Sendiri mahu ingatlah, mana mahu lari?

Justeru itu orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan sumber sahih sekiranya ingin mendapatkan maklumat. Bukankah sudah ada laman sesawang KPM www.moe.gov.my Facebook juga ada, taip saja Kementerian Pendidikan Malaysia

#MenerajuiPerubahan #LeadingTowardsChanges #Negaraku

Sumber : Malaysia Menjerit

No comments:

Post a Comment