Sunday, August 13, 2017

Meriahkan Sukan Sea 2017, jadi pengguna bijak - Pilih pengangkutan awam


Bermula esok 14 Ogos 2017 sehingga 30 Ogos 2017 akan berlangsungnya Sukan SEA kali ke 29. Manakala Sukan Para ASEAN ke-9 pula berlangsung pada 17 Ogos 2017 hingga 23 September 2017.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang berhasrat untuk bersama-sama menghadiri setiap acara yang diadakan bersama rakan-rakan dan juga keluarga masing-masing. Iyalah, sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita akan berasa teruja dan tidak sabar untuk memberi sokongan kepada barisan atlet negara.


Wujud persoalan, bagaimana hendak menuju ke lokasi acara? Kalau menaiki kenderaan sendiri, sudah tentu jalan akan sesak. Tempat meletak kenderaan juga adalah terhad.


Justeru itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang telahpun tersedia. Ini adalah pilihan yang lebih baik. Tak perlu lagi runsing memikirkan tentang kesesakan lalulintas dan tempat letak kenderaan.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga perlu maklum bahawa ada jalan tertentu akan ditutup secara separa dan ada juga yang akan tutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada majlis perasmian Sukan SEA itu nanti.

Sedia maklum Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara berprestij ini. Sebanyak 11 buah negara Asia Tenggara akan berkampung di sini. Jadi sudah tentu kita sebagai penganjur perlu memberikan yang terbaik supaya ianya menjadi satu penganjuran yang berjaya. Jangan pula ada yang merungut kenapa jalan ditutup dan sebagainya. Sedangkan kita sudahpun maklum mengenai penganjuran Sukan SEA ini.

Sebab itu penulis katakan tadi, jadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Tambahan pula pihak SPAD bersama lain-lain pengendali pengangkutan awam telahpun merangka perancangan yang terbaik kepada pengguna khususnya sempena Sukan SEA ini.

Ketika ini pihak SPAD sedang bekerjasama rapat dengan pengendali seperti Prasarana dan KTMB untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren. Ia bagi memastikan penonton yang menghadiri majlis pembukaan dan penutupan akan disajikan akses yang mencukupi untuk ke KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil).


"Sempena acara pembukaan dan penutupan, waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling Line di stesen Bukit Jalil akan masing-masing dilanjutkan sehingga 1 pagi dan 2 pagi. 

"Pengguna yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain, termasuk LRT laluan Ampang, LRT laluan Kelana Jaya Line, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel untuk ke destinasi masing-masing. 

"Untuk makluman, penumpang hanya boleh keluar/turun daripada stesen-stesen tersebut. Manakala, perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan bagi acara pembukaan dan penutupan, butiran sepenuhnya akan diumumkan tidak lama lagi."

Demikian kenyataan SPAD bertarikh 7 Ogos 2017 baru-baru ini.

Bagi menyokong perkhidmatan rel tersebut, 60 bas khas akan disediakan oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil dan sebaliknya. Bagi memudahkan pengguna, papan destinasi elektronik bas-bas ini akan memaparkan "KL SEA Games 2017".

Di bawah adalah senarai maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas :


Daripada 28 lokasi acara sukan tersebut, 26 berada di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat yang termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang.

Di samping itu, 11 laluan bas Rapid yang ada telah diubahsuai untuk memastikan kesalinghubungan ke 5 lokasi acara sukan dapat disediakan dengan kekerapan di antara 10 sehingga 60 minit :


Dalam masa sama, sebanyak 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media akan diberikan pas percuma untuk menggunakan perkhidmatan Prasarana yang termasuk LRT/Monorel/BRT/MRT /RapidKL /Bas Pengantara MRT daripada 14 sehingga 31 Ogos 2017 untuk menyokong Sukan SEA ke29 dan daripada 16 sehingga 24 September 2017 untuk menyokong Sukan Para ASEAN Ke-9.

Untuk makluman pembaca, seramai 200 kakitangan SPAD, termasuk pegawai penguat kuasa, akan bertugas bagi memberikan maklumat kepada orang ramai, serta membantu menyelaraskan pengangkutan ke lokasi-lokasi acara sukan bersama pengendali pengangkutan awam darat.

Manakala, orang ramai juga disarankan  untuk menggunakan perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA dengan menikmati diskaun 50% yang efektif sehingga 31 Ogos 2017.

Selain itu, SPAD juga akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi pengambilan dan penurunan penumpang untuk perkhidmatan bas. SPAD juga akan bekerjasama dengan pengendali dan penganjur untuk memastikan papan tanda yang mencukupi disediakan bagi memaklumkan orang ramai mengenai perhentian bas yang telah ditetapkan.

Jadi usah pening-pening kepala, gunakanlah perkhidmatan pengangkutan awam okay! Jadilah pengguna bijak.

#SukanSea2017
#SeaGames2017
#KualaLumpur2017
#KitaJuara
#Negaraku

No comments:

Post a Comment