AdSense

Monday, August 14, 2017

PPBM sengaja buat kecoh, boleh tuding jari pada UMNO?


Program Nothing To Hide anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedari awal menunjukkan sesuatu yang mencurigakan.


Sedia maklum, pada 5 Jun 2015, Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) pernah merancang mengadakan program sama namun dibatalkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada saat akhir. Keputusan itu diambil selepas menerima maklumat akan berlakunya kekecohan.

Kekecohan program sama semalam menimbulkan tanda tanya berhubung soal keselamatan hadirin khususnya petugas media. Difahamkan, ada petugas media wanita dikasari oleh kumpulan dipercayai pentaksub Mahathir - Pemilik parti PPBM. Budaya samseng pemuda PPBM sebegini tidak sepatutnya berlaku. PPBM seharusnya menghormati orang ramai khususnya kaum wanita.

Bagaimana suar dibenarkan masuk? Juga menjadi persoalan yang perlu dijawab oleh penganjur. Tindakan yang suka menyalahkan orang lain bukanlah jawapan relevan. Sikit-sikit salahkan UMNO... Masyarakat hari ini bukan mudah untuk diperbodohkan. Kamu yang anjurkan program, sepatutnya kamulah yang kena bertanggungjawab.

Tindakan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang menuduh Najib terlibat dalam kekecohan semalam juga sesuatu yang melucukan. Ya, atas kertas memanglah beliau pemimpin PKR dan parti dengan simbol mata satu itu juga kini bersetubuh dengan PPBM. Azmin juga antara individu yang pernah 'diseksa' Mahathir.

'Usahanya' yang sebelum ini dilihat 'membawa' Mahathir mengadap Anwar di mahkamah bukanlah hanya untuk satu tujuan semata-mata. Penulis akui, Azmin antara pemimpin yang amat licik strategi politiknya. Menyedihkan, kebanyakkan daripadanya merupakan strategi politik kotor demi kepentingan peribadi.

Sementara itu, bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, tindakan melemparkan tuduhan kepada parti UMNO adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.


"Kita juga boleh kata kekecohan itu dirancang kerana nak timbulkan tuduhan (pada UMNO) dan sebagainya."

Annuar juga menyifatkan program itu sendiri bersifat provokatif. Sengaja menimbulkan provokasi terhadap UMNO tetapi pada akhirnya memakan diri sendiri.

Parti PPBM milik Mahathir dan anaknya Mukhriz perlu sedar bahawa mereka kini bukan lagi dewa rakyat. Segala perbuatan yang dilakukan Mahathir suatu ketika dahulu barangkali menjadi dendam sesetengah pihak terutamanya mereka dalam kalangan parti PKR dan DAP.

Sejarah tidak boleh dipadam dengan wang ringgit. Gelombang rakyat turun ke jalanraya bermula era Reformasi bagi menjilat Anwar Ibrahim masih lagi segar bagi sesetengah pihak. Ditambah pula dengan kenyataan Anwar yang mengatakan dirinya diperlakukan Mahathir sebelum ini sebagai 'luka kecil'.

Gambar top era Anwar

Apakah ia juga 'luka kecil' bagi semua anggota reformis dan DAP?

Adanya Nothing To Hide ini mungkin dijadikan platform kumpulan tersebut untuk bertanya sendiri kepada pemimpin diktator Mahathir. Antara persoalan yang ingin diketahui ialah samada Anwar benar-benar diliwat atau dijadikan mangsa politik. Namun ianya tidak dijawab dengan baik. Mahathir hanya pandai bermain helah.

"Anwar tidak pernah bertanyakan soalan ini kepada saya." Jelas jawapan Mahathir ini penuh dengan misteri dan muslihat.

Perlu ditekankan disini bahawa tercetusnya kekecohan semalam selepas hadirin (dipercayai pentaksub Mahathir sendiri) bertanya tentang pembunuhan Memali. Sekali lagi, Mahathir gagal memberikan jawapan yang munasabah biarpun cuba berlagak tenang ketika menjawab soalan.

Ada sahabat yang bertanyakan kepada penulis... Kenapa baru sekarang hendak ditanyakan tentang perkara seperti ini? Kenapa tidak semasa Mahathir berada dalam kerajaan?

Jawap penulis, adakah kamu selamat selepas mengajukan soalan tersebut? Atau kamu akan dihumban ke dalam penjara dengan menggunakan akta yang digeruni, ISA?

No comments:

Post a Comment