AdSense

Tuesday, July 18, 2017

Pengangkutan awam : Malaysia di landasan betul - @liowtionglai


Perasmian Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) semalam membuktikan komitmen kerajaan dalam meneruskan usaha pembangunan dan penambahbaikan rangkaian sistem pengangkutan awam khususnya di ibukota atau Lembah Klang.


Demikian ungkapan pertama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengulas tentang kejayaan kerajaan membina projek infrarakyat - MRT.

Liow yang juga Presiden MCA menjelaskan, peratusan pengguna semakin meningkat sejak kerajaan menekankan soal pembangunan dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dalam negara sekaligus menjadi satu bukti bahawa Malaysia kini berada pada landasan yang betul.


Untuk makluman, pada tahun 2009 hanya 10% sahaja daripada populasi masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam. Namun angka itu semakin hari bertambah baik apabila tahun 2015 ia meningkat kepada 20% sementara 40% sasaran kerajaan menjelang 2030 kelihatan relevan untuk dicapai.


Sejak MRT SBK Fasa 1 (Semantan - Kajang) beroperasi sepenuhnya pada bulan Disember 2016, seramai 2 juta penumpang direkod menggunakan perkhidmatan tersebut. Jumlah penumpang meningkat kepada 150 ribu setiap hari berbanding 15 ribu pada peringkat awal.

Lantas itu Liow yakin dan percaya angka itu akan terus meningkat secara memberangsang. Tambahan pula tren MRT ini mempunyai 4 gerabak dengan kapasiti 1200 penumpang untuk satu perjalanan. Mengikut perkiraan, sejumah 400 ribu penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan MRT ini setiap hari.


Menyentuh tentang kekerapan tren, mungkin ada yang merasakan tempoh 3.5 minit itu lama. Namun Liow berpendapat pihaknya pasti akan menambahbaik mengikut perkembangan semasa.

Iyalah, kalau buat kekerapan setiap 1minit, tetapi tidak ramai menggunakannya, ia tidak relevan pula. Penulis juga yakin, andai jumlah penumpang terus meningkat, sudah tentu pihak pengendali MRT akan menambahbaik tempoh kekerapan tren. Kita buat 'step by step'.


Dalam masa sama, intergrasi pengangkutan awam yang menghubungkan LRT, LRT3, MRT2 dan KTM adalah sesuatu yang menarik. Kerajaan bukan sahaja berjaya menyiapkan projek yang jimat 2 bilion tetapi juga berjanji untuk terus menyediakan sistem yang holistik demi merealisasikan kehendak rakyat.

#JomNaikMRT


BACA : MRT adalah imej masa depan Malaysia

No comments:

Post a Comment