Monday, July 17, 2017

MRT adalah imej masa depan Malaysia


Sekali lagi Malaysia mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila projek MRT bagi laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, 17.7.2017. Tarikh cantik yang akan terus diingat seluruh rakyat Malaysia.


Dalam ucapan perasmian, Najib kata projek MRT adalah imej masa depan Malaysia dan ini baharu permulaan. Akan ada lagi projek-projek rakyat menyusul dan menjadikan sistem pengangkutan awam negara kita bertambah baik daripada sebelumnya.


Tidak hairanlah Malaysia kita berada pada tangga ke 11 teratas dalam kalangan 138 negara untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan. Kedudukan ini bukan diceduk merata-rata di dalam forum budak-budak atau kedai kopi, jauh sekali komentar 'fesbuk' tidak bertauliah tetapi ia adalah Indeks Persaingan Global 2016-2017 (World Economic Forum).

Ia sekaligus meletakkan Malaysia lebih baik berbanding negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia yang berada pada kedudukan ke 36, Thailand (37), Vietnam (63), Filipina (90) dan Laos (110).

Bagi mendapatkan kedudukan tersebut, ia bukanlah datang secara bergolek sebaliknya menerusi pelbagai usaha yang dijalankan kerajaan seperti projek MRT laluan SBK yang dirasmikan hari ini.

The Real Kajang Move - Demi rakyat
Inilah 'Langkah Kajang' sebenar kata Najib. Langkah atau manfaat untuk rakyat. Bukannya Langkah Kajang pemimpin pembangkang merebut kuasa demi kepentingan peribadi.

Pendirian kerajaan pemerintah hari ini cukup jelas iaitu membawa perubahan yang baik dalam kehidupan seharian rakyat.

Rasminya MRT dengan jajaran sepanjang 51km ini berupaya memberi kehidupan yang lebih sejahtera buat 1.2 juta rakyat sekitar.


Seramai 400 ribu penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan ini setiap hari seterusnya mengurangkan hampir 200 ribu kenderaan atas jalanraya.

Bukan itu sahaja, tahap pencemaran udara juga dapat dikurangkan dan ini menjadi berita baik buat warga kota yang semakin 'sesak nafas' dek udara yang tidak sihat.

Selain itu perkhidmatan MRT ini juga menitik beratkan fasiliti yang mesra OKU seperti lif, mesej amaran guna audio, 'tactile' tidak licin dan ruang kerusi roda dalam tren yang dekat dengan pintu.



Kekerapan tren pula sering menjadi perbualan masyarakat khususnya pengguna pengangkutan awam. 'Tren lambat' menjadi faktor kenapa mereka tidak mahu menggunakan pengangkutan awam. Namun MRT tidak begitu.

Untuk makluman, kekeran tren MRT adalah setiap 3.3 minit pada waktu puncak. Manakala kekerapan bas pengantara pula ialah setiap 10-15 minit. Inilah istimewanya MRT yang cuba sedaya upaya menyelesaikan permasalahan sedia ada. Inilah dia bukti keazaman kerajaan bersama agensi terlibat seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam merealisasikan kehendak rakyat.



Ditambah lagi dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi setempat dan juga negara. Ini sudah cukup membuktikan bahawa MRT adalah satu projek infra rakyat, sepertimana disebut Najib dalam ucapan perasmiannya siang tadi.

Bukan saja Najib, kami di pihak editorial Suara Lensa juga berasa bangga dengan kewujudan MRT ini. Sekalung syabas dan penghargaan kami buat kerajaan pemerintah, SPAD, Kementerian Pengangkutan, Prasarana dan semua agensi yang bertungkus lumus menjayakan kehendak rakyat ini.

Apa lagi, tinggalkan kenderaan anda di 8000 parkir yang disediakan dan #JomNaikMRT !

Artikel berkaitan :

Orang ramai semakin minat guna pengangkutan awam. Ini faktanya...

MRT untuk Malaysia - INFO & GAMBAR

Budaya fitnah semakin ditolak rakyat

Era Najib - Sinar pengangkutan awam

#Bajet2017 : Bukti kerajaan bersungguh soal pengangkutan awam

Pembaca juga boleh taip 'MRT' pada ruangan kotak carian di atas.

No comments:

Post a Comment