AdSense

Wednesday, June 7, 2017

Strategi UMNO PRU14


Cerita politik semakin kuat diperkatakan baik di kedai kopi, pejabat, dalam pengangkutan awam dan juga di laman media sosial. Kempen dan ceramah parti pembangkang pula semakin rancak diadakan. Sementara bendera-bendera parti pula terpacak merata-rata, di kota dan desa. Macam esok dah nak pilihanraya!


Terdetik juga persoalan dalam kalangan masyarakat, tidakkah parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan UMNO melakukan perkara sama? Malah parti pemerintah itu seperti tidak melakukan apa-apa persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang berkemungkinan berlangsung tidak lama lagi. Paling lama pun dalam lingkungan tahun hadapan, 2018.

Menjawab persoalan ini, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa ada jawapannya. Tambahan pula beliau baru-baru ini ada menemui Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan berbual panjang, termasuk mengenai parti. Kata Annuar, UMNO dan BN sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi PRU14. Cuma, ada beberapa strategi mereka yang tidak dihebahkan secara umum.

"Pengalaman penglibatan dalam tujuh kali pilihanraya, saya berani katakan bahawa persiapan persediaan kerajaan dan parti UMNO/BN adalah yang terbaik. Parti kita cukup sistematik dengan langkah pengurusan maklumat serta jentera.

"Cuma kita tidak war-warkan. Tidak semua strategi itu perlu dikongsi pada khalayak. Walaupun tidak diumum (dihebahkan), ia tidak bermakna (parti) tidak bergerak."

Politik individu

Dalam perkembangan sama, Annuar turut diminta memberi reaksi terhadap tindakan sesetengah UMNO Bahagian yang terlebih dahulu mengumumkan calon mereka untuk PRU14, mendahului pengumuman Presiden atau parti itu sendiri.

Bagi Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh ini, senario berkenaan bukanlah sesuatu yang pelik. Sedia maklum bahawa UMNO adalah sebuah parti besar dan memiliki ahli yang ramai. Justeru itu, akan wujud pelbagai ragam dalam kalangan ahli parti.

"Jika ada kesilapan dalam sesuatu tindakan itu maka kita akan memberi peringatan. Di dalam UMNO, kita saling tegur-menegur. Cuma janganlah kita mengutamakan politik peribadi mendahului parti dan negara. Kita perlu fokus untuk memenangi pilihanraya. Ini tidak boleh dilakukan secara individu tetapi sepasukan."

Pergolakan pembangkang

Selain itu, keadaan huru-hara di dalam parti pembangkang wajar dijadikan iktibar. Begitu juga dengan sikap pembangkang yang tanpa berselindung menonjolkan politik serta kepentingan individu di dalam parti.

Kata Annuar, tiada istilah kejujuran di dalam gabungan parti pembangkang. Lihat saja apa yang berlaku baru-baru ini, Tun Mahathir (PPBM) bagai dipaksa mengangkat plakad 'Anwar PM ke 7' dalam satu majlis pakatan. Sedia maklum, Tun Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Sebab itu beliau tidak mengangkat plakad tersebut dan berlakon konon-kononnya sedang merakamkan sesuatu menggunakan telefon bimbit.


Bukti lain dapat dijelaskan apabila Tun Mahathir dalam satu wawancara memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi PM untuk Pakatan Harapan. Sementara Anwar yang kini merengkok dalam penjara menyambut kenyataan Tun Mahathir dengan mengatakan, beliau (Mahathir) boleh menjadi PM sekiranya dipersetujui PH. Ini sebenarnya permainan politik semata-mata kerana Anwar menyedari bahawa PH tidak bersetuju Tun Mahathir diangkat menjadi PM buat kali kedua.


"Ini juga jelas membuktikan bahawa gabungan ini rapuh dan merbahaya. Untuk menjadi pembangkang itu ok tapi untuk diberikan mandat besar memikul tanggungjawab memerintah negara, ianya boleh membawa kepada keadaan porak-peranda apabila parti pemerintah itu sendiri tidak stabil." kata Annuar ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa di kediamannya baru-baru ini.


#BarisanProRakyat #TolakPH #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment