AdSense

Thursday, June 29, 2017

Pemimpin MCA tak hipokrit macam DAP


Biarpun kita sudah melangkah ke bulan kemenangan, Syawal tetapi apa yang berlaku dalam Ramadan lepas harus dijadikan sebagai pengajaran.

Apa yang berlaku?


Jangan sesekali lupa insiden kekecohan di bazar Ramadan di Kluang apabila pemimpin DAP dikatakan melakukan provokasi. Kononnya mahu mengedarkan buah kurma kepada orang ramai dan peniaga sempena bulan Ramadan. Sebaliknya tercetus kejadian kekecohan yang mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Kenapa beriya sangat mengagihkan buah kurma yang berapa biji sangat tu? Rakam gambar dan kemudiannya sebar ke laman sosial konon-kononnya merekalah (pemimpin DAP) yang paling pro-Islam?

Ditambah pula dengan adegan boss mereka Guan Eng yang dirakamkan sedang 'berbuka' bersama orang Islam siap makan sedulang lagi. Jelas ia sekadar lakonan yang penuh hipokrit. Sengaja dilakukan demi meraih sokongan. Tidak ada keikhlasan yang kelihatan.

Penulis sedikitpun tiada niat hendak memperlekehkan tindakan pemimpin DAP ini cuma merasa meluat dengan lakonan mereka. Kalau benar hendak meraikan Ramadan, pemimpin MCA melakukannya jauh lebih baik. Paling penting, ia dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan atau mempolitikkan kemuliaan Ramadan. Bukan hari ini tetapi sejak sekian lama pemimpin MCA menyelami amalan dan tradisi orang Melayu dan Islam di Malaysia ini.

Lantas itu, rakyat Malaysia perlulah sedar dan buka mata serta hati. Pilihlah pemimpin yang benar-benar ikhlas bersama kita. Bukannya pemimpin yang hanya berlakon demi meraih sokongan politik seperti DAP yang bermuka-muka.

Sama-sama saksikan video di bawah.


No comments:

Post a Comment