AdSense

Friday, June 16, 2017

Muslihat DAP di bulan Ramadan


Pembaca semua mesti sudah membaca dan melihat insiden yang berlaku di Bandar Kluang baru-baru ini bukan? Kekecohan yang berlaku selepas pemimpin DAP mencetuskan provokasi ketika 'mengagihkan' kurma di bazar Ramadan.


Selain itu, beberapa keping gambar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya yang juga penasihat parti Lim Kit Siang turut tular di media sosial. Mereka kelihatan 'berbuka puasa' bersama-sama sedulang dengan masyarakat Islam.

Dua adegan ini jelas satu lakonan bagi meraih perhatian dan mengaut sokongan politik. Kononnya mereka dalam DAP begitu mengambil berat terhadap orang Islam. Kononnya mereka dalam DAP sangat baik terhadap orang Islam.

Hakikatnya, merekalah orang yang lantang menentang pemerkasaan undang-undang untuk orang Islam - RUU355. Mereka lantang melawannya baik di dalam Dewan Rakyat, sidang media, tulisan di internet dan juga forum serta pentas politik.

Adakah lakonan dan muslihat DAP ini diterima oleh masyarakat di Malaysia? Mereka (pemimpin DAP) berlagak baik tetapi sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Begitu mudah masyarakat khususnya orang Melayu dan beragama Islam terpedaya dengan muslihat ini?

No comments:

Post a Comment