AdSense

Saturday, June 24, 2017

Jenayah pemandu e-hailing - Langkah ketat SPAD ini buat penjenayah kecut perut


Perkhidmatan Grab dan Uber sudah menjadi trend dewasa ini. Pemandu teksi yang menggunakan perkhidmatan e-hailing yang seakan sama seperti sistem Grab dan Uber juga sudah mampu tersenyum puas dengan hasil lumayan. Iyalah, nak hidup kenalah ikut perkembangan semasa. Kalau masih berada pada takuk lama tak bergerak-gerak, hidup bagai katak di bawah tempurunglah jawabnya...


Bercakap tentang sistem ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mewajibkan kesemua pemandu e-hailing untuk mengemukakan rekod mereka. Ia seterusnya membolehkan pihak SPAD dapat melaksanakan saringan ketat latar belakang pemandu. Untuk makluman, ia juga melibatkan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.

Selain itu, 'Butang Panik' juga ada dibincangkan semasa mesyuarat berkaitan keselamatan penumpang antara SPAD dan pegawai kanan Grab Malaysia pada 13 Jun lalu. Ia susulan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita.

Justeru itu, kewujudan Butang Panik atau S.O.S pada aplikasi tersebut diharapkan dapat menangani permasalahan berkaitan keselamatan para penumpang.

Dalam masa sama, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu. Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.

Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.

Jelas di sini menunjukkan bahawa pihak SPAD sangat mementingkan keselamatan orang ramai. Berani lagikah pemandu untuk melakukan jenayah atau apa jua kesalahan setelah adanya pemantauan dan penguatkuasaan ketat sebegini?

No comments:

Post a Comment