AdSense

Thursday, June 22, 2017

DOJ hanya alat perang saraf


Tak perlu buktikan apa-apa pun, tidak perlukan kebenaran dan tidak perlu mengikut 'rule of law' negara sasar. Sebaliknya cukup sekadar mengadakan aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi dalam mewujudkan ketidakstabilan terhadap sesebuah negara. Inilah gerakan perang saraf yang sedang dijalankan menerusi alat yang dikenali sebagai DOJ - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.


Pandangan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa itu ada betulnya kerana pihak parti lawan hari ini macam terlalu taksub berkiblat kuasa luar. Sementara kuasa asing ini pula sememangnya mendambakan sebuah negara yang aman harmoni serta kaya dengan hasil bumi seperti Malaysia.

Tambah Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, rakyat di seluruh dunia terutamanya umat Islam sudahpun tahu apa maksud sebenar 'Keadilan ala Amerika', 'Demokrasi ala Amerika' dan 'Diplomasi ala Amerika'. Rakyat Iraq, Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telahpun merasainya.  Ini perkara serius yang harus diberi perhatian oleh rakyat di Malaysia.

Apa jadi dengan “Operation Iraqi Freedom” misalnya? Kononnya wujud senjata pemusnah dijadikan sebagai alasan untuk kuasa asing masuk campur urusan negara Iraq.

Kepakaran kuasa asing ini ialah mempengaruhi dan menggunakan 'kayu untuk menumbangkan kayu'.

"Mereka akan mencari alasan untuk mencampuri urusan dalam negara lain dengan menggunakan penentang, pemberontak dan pembangkang untuk mewujudkan ketidakstabilan dan membawa kepada pertukaran rejim. Mereka tidak akan berhenti memulas tangan dan telinga sehingga negara itu tunduk dan hidung dicucuk menjadi sekutu mereka." kata Annuar.

Pembangkang mungkin fikir kuasa asing boleh membantu mereka menawan Putrajaya. Mereka sanggup 'bekerjasama' semata-mata mahu memenuhi nafsu serakah biarpun sedar ia membawa bala yang lebih buruk kepada negara.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk melawan anasir jahat ini daripada meracuni pemikiran. Manakala ahli-ahli UMNO pula seharusnya bersama-sama menggembleng tenaga, bersolidariti dan wala' bersama saf pimpinan. Bukan sekadar kuat bersorak di dewan dalam PWTC ketika Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.

Begitu juga dengan jentera-jentera parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional. Usaha memerangi fitnah mainan pembangkang seharusnya dilipatgandakan demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keharmonian bumi bertuah Malaysia. Jangan sesekali memberi ruang kepada agen asing untuk memporak-porandakan negara ini menerusi alat perang saraf mereka.

#BarisanProRakyat #PakatanProDAP #Negaraku #TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment