AdSense

Wednesday, May 17, 2017

Siapa PM? PH masih celaru, bergaduh sesama sendiri...


Siapa jadi Perdana Menteri kalau Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya masih lagi belum terjawab walhal bahang PRU14 semakin dekat.

Pada 8 Mac 2017 di Dewan Rakyat, Ketua Whip DAP Anthony Loke menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai PM sekiranya PH menang PRU14.


Sehari kemudian, 9 Mac 2017 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad muncul dengan satu kenyataan mempersoalkan tindakan Anthony Loke. Katanya, parti-parti pembangkang yang lain juga berhak untuk menentukan siapa PM.


9 Mei 2017, muncul pula bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan mengatakan bahawa hanya Mahathir saja yang layak menjadi PM, menggantikan PM hari ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Zaid turut mengatakan PH akan terus gagal merampas Putrajaya sekiranya tidak mengangkat Mahathir sebagai ketua mereka.

Bagi mereka yang sudah lupa, Zaid sebelum ini pernah menjadi Presiden kepada satu parti dikenali KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) atau nama lamanya Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia. Namun ia dibubarkan selepas lebih setahun ditubuhkan.


Berbalik semula kepada soalan, siapa PM PH...

Walaupun PPBM 'dimiliki' Mahathir dan anaknya Mukhriz namun tidak bermakna ia solid menyokong dua beranak ini. Ia kerana selain bekas PM, ia juga dianggotai oleh bekas TPM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sedia maklum, Muhyiddin juga dianggap sebagai lambang kekuatan parti bunga berkenaan bagi sesetengah pihak.

Lantas itu namanya disebut-sebut sebagai calon PM yang sesuai sekiranya PH menang PRU14. Kenyataan ini sudah tentu menyebabkan kemarahan Mahathir yang pernah digelar diktator dan Maha Zalim oleh pemimpin pembangkang.

Ini kerana ramai sedia maklum bahawa perjalanan politik Mahathir hanyalah demi anak dan kroninya. Marahnya Mahathir kepada Najib adalah kerana tidak meletakkan anaknya Mukhriz pada tempat yang sepatutnya.

Walhal soal pemilihan dalam UMNO adalah kuasa ahli yang mengundi. Najib tidak mengamalkan cara kuku besi atau diktator.

Siapa PM PH?

Bukan sahaja rakyat tetapi ahli-ahli di dalam parti PH juga keliru, celaru dan pelik. Bagaimana mahu mentadbir sebuah negara kalau satu nama ketua pun gagal dimuktamadkan. Di mana kesepakatan dalam PH?

Bagi DAP sudah tentu mereka mahu PM yang boleh dikawal. Kenyataan-kenyataan lama pemimpin DAP yang kononnya tidak mahu menjadi PM perlu diberi penekanan.

Benar, DAP mungkin tidak menjadi PM secara nyata tetapi mereka akan menjadikan PM yang dipilih itu sebagai boneka. Kata lain, DAP lebih mementingkan kuasa sebenar berbanding jawatan.

Jika hendak mendapatkan gambaran jelas, lihat saja apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan negeri Selangor hari ini. Dunia nyatanya ia ditadbir oleh PKR tetapi sebaliknya DAP lebih berkuasa.

Ditambah pula dengan kemelut PKR-PAS. Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilihat seolah-olah sedang ditekan oleh pemimpin DAP supaya memecat tiga orang Exco daripada parti PAS seterusnya digantikan dengan PAN - Parti yang dikenali sebagai balaci DAP.

Pokok pangkalnya, parti-parti di dalam PH memiliki agenda dan kepentingan peribadi. Penjenamaan gabungan parti pembangkang yang dulunya Pakatan Rakyat masih lagi bercelaru walaupun sudah ditukar nama kepada Pakatan Harapan. Jelaslah harapan yang dimaksudkan ialah harapan peribadi pemimpin DAP, PKR, PAN dan PPBM. Nafsu serakah diletakkan di tempat tertinggi manakala rakyat di bawah.

#TolakPH #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment