Tuesday, April 25, 2017

Kerajaan UMNO BN bagi lagi RM80juta untuk pengajian Islam - Pondok, SMAR dan Tahfiz


Telahan segelintir pihak yang mengatakan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengabaikan pendidikan Islam adalah tidak tepat sama sekali.

Jika masih ingat pada tahun 2015, satu majlis penyampaian peruntukkan untuk institusi pondok dalam negara telah diadakan di Putrajaya. Pada ketika jumlah peruntukkan ialah sebanyak RM25juta (bajet 2014).






Peruntukkan itu tidak terhenti setakat itu. Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu komited untuk memantapkan institusi pondok di Malaysia apabila sekali lagi menyerahkan peruntukkan berjumlah RM80juta.

Ia disampaikan sendiri Najib kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz.

Untuk makluman pembaca, peruntukan ini adalah di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara.

"Jika itu hasrat ibu bapa (menghantar anak ke sekolah tahfiz), maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan ia bukan sahaja pilihan ibu bapa tetapi satu pilihan yang dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang. 

"Sebab itu, saya mengambil keputusan meluluskan peruntukan tersebut untuk menggalakkan DPTN yang digubal boleh menentukan garis panduan supaya pembangunan pendidikan tahfiz menjadi lebih tersusun dan bersistematik," katanya ketika berucap pada majlis penyampian peruntukan itu di Seri Perdana di sini.

Negeri Kelantan penerima paling banyak bantuan iaitu RM20.88 juta melibatkan 133 sekolah dan institusi, diikuti Kedah (RM13.25 juta/104), Selangor (RM9.22 juta/206), Perak (RM7.15 juta/76), Johor (RM6.28 juta/104) dan Pahang (RM4.92 juta/57).

Pulau Pinang turut menerima bantuan sebanyak RM4.18 juta melibatkan 40 sekolah dan institusi (Negeri Sembilan (RM3.60 juta/25), Terengganu (RM2.71 juta/14), Wilayah persekutuan (RM1.36 juta/16), Melaka (RM1.24 juta/14), Sarawak (RM853,460/17), Perlis (RM730,400/11) dan Sabah (RM39,540/dua).

Jadi, tang mana kerajaan UMNO BN ni zalim dan menindas?

No comments:

Post a Comment