AdSense

Tuesday, April 25, 2017

'Banner typo' - MCA ganti baru serta-merta, mengaku silap dan mohon maaf


Isu 'typo' pada banner MCA Taiping sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 15 tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu politik.

Ini kerana pihak MCA Taiping sudahpun mengaku kesilapan tanpa sedar itu dan memohon maaf secara terbuka. Bukan itu saja, banner yang baharu juga digantikan dengan serta-merta.


Pengerusi MCA Bahagian Taiping dalam kenyataannya berkata :


"Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami.

"Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.

"Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia."

Gambar yang dijadikan modal pembangkang.

Banner baru yang digantikan.

Oleh itu, tindakan pihak pembangkang yang memperbesarkan isu ini dan dijadikan sebagai bahan politik merupakan tindakan yang tidak matang. Jelas membuktikan pihak pembangkang bankrap isu untuk menyerang parti lawan.

Pihak pembangkang terutamanya DAP sepatutnya menfokuskan kepada masalah 'typo lidah' dalam kalangan pemimpin mereka sendiri. Sudah lama masalah ini berlaku namun masih belum ada penyelesaian. Apa yang jelas, pemimpin DAP dilihat masih belum fasih berbahasa kebangsaan dengan baik.

Penulis teringat kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin seperti yang disiarkan portal berita Free Malaysia Today pada 28 September 2016 yang lalu.

Katanya, tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.

"Yang kita malu ialah kalau duduk dalam negara ini tetapi tidak tahu bahasa Melayu seperti kebanyakan pemimpin DAP dan lain-lain. Nama saja rakyat Malaysia tapi tidak tahu berbahasa kebangsaan."

Apakah pemimpin DAP mengaku masalah ini? Memohon maaf dan menggantikannya dengan yang baharu?

No comments:

Post a Comment