Wednesday, March 22, 2017

Pelampau Buddha Myanmar tunjuk perasaan


Isu pelampau Buddha di Rakhine ini bukan satu isu bagi kita di Malaysia.

Biarlah mereka nak buat apa pun. Negara mereka. Bukan negara kita.


Namun secara tidak langsung situasi ini melibatkan isu kemanusiaan.

Kita meratapi penindasan Israel terhadap Palestin. Kita juga marah bila melihat pembunuhan di bumi Syria hasil sentuhan kumpulan pengganas Daesh.

Apakah kita hendak menutup mata dan memekakkan telinga dengan apa yang berlaku di Myanmar?

Tambahan pula pelarian Rohingya ini mengadu nasib di negara kita Malaysia. Sementara Perdana Menteri dan majoriti rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan membantu golongan malang itu.

Desakan Malaysia dan ASEAN menyebabkan Myanmar terpaksa akur dengan kehendak majoriti dalam soal kemanusiaan.


Namun, ia tidak dapat diterima oleh pelampau Buddha apabila mengadakan tunjuk perasaan membantah rancangan kerajaan mereka mengurniakan kerakyatan kepada sebilangan etnik minoriti Islam Rohingya.

Memetik laporan agensi berita AFP, etnik Rohingya kini berdepan diskriminasi teruk di negara majoriti penduduk Buddha Myanmar yang menganggap mereka sebagai pendatang haram dari negara jiran Bangladesh walaupun sudah berada di Myanmar sejak beberapa generasi.

Keganasan yang meletus pada 2012 mengorbankan ratusan nyawa dan mengakibatkan 140,000 kebanyakannya etnik Rohingya melarikan diri ke kem pelarian.

Ini bukan soal agama semata-mata tetapi lebih kepada isu kemanusiaan, hak setiap manusia di atas muka bumi ini. Di mana kuasa besar dunia? Tidur sambil menutup telinga dengan bantal?



No comments:

Post a Comment