AdSense

Monday, March 20, 2017

Memahami isu pengiktirafan UEC


Unified Examination Certificate (UEC), mula menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.

Tambahan pula kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa di Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu disifakan sesetengah pihak sebagai 'melacurkan bangsa'.


Ramai yang tidak sedar isi kandungan sebenar sepertimana yang terdapat dalam hansard parlimen. Rata-rata pemimpin NGO bahkan pemimpin dalam kerajaan sendiri menghentam Annuar Musa berhubung isu ini selepas mengetahuinya daripada media.

Bukanlah salah media yang tidak melaporkan kenyataan penuh Annuar namun sedia maklum, tajuk yang dipaparkan sesetengah media cetak atau elektronik itu mengundang kekeliruan jika tidak membaca artikel penuh yang disiarkan.

Setelah mengamati dan meneliti hansard parlimen, Suara Lensa mendapati kenyataan Annuar ini bukanlah satu isu besar kerana pendapat beliau berhubung pengiktirafan sijil UEC  tidak mewakili kerajaan atau parti. Hanya pendapat peribadi beliau. BUKAN paksaan atau WAJIB LAKSANA.

Bagi Suara Lensa, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh ini merupakan antara pemimpin lama dalam karier politik. Maka sudah tentu beliau menyedari akan baik buruk setiap apa yang diperkatakan.

Dalam masa sama ada juga yang menyifatkan Annuar tidak layak untuk mengetengahkan isu ini ke parlimen.

Sekali lagi, Suara Lensa masih berpegang dan percaya bahawa ia hanyalah pendapat peribadi Annuar. Maka sudah tentu sebagai seorang Ahli Parlimen, Dewan Rakyat adalah saluran yang betul untuk mana-mana Ahli Parlimen menyuarakan pendapat mereka.

Untuk makluman, Suara Lensa mengikuti isu UEC ini sejak ia mula 'ditagih' Dong Zong suatu ketika dahulu.

Ianya satu proses perbincangan melibatkan pelbagai pihak. Bukan hari ini tagih, esok sudah diberi pengiktirafan.

Sudah tentu ada syarat-syarat atau ketetapan yang digariskan bagi mengelak sebarang permasalahan di masa akan datang.

Kalau tanya pendapat Suara Lensa, ianya mungkin boleh dipertimbangan (iktiraf UEC) JIKA pihak Dong Zong mematuhi ketetapan yang digariskan.

No comments:

Post a Comment