Wednesday, February 22, 2017

Pengundi hantu : DAP tuduh MCA tapi yang sebenarnya....


Rileks, jangan cepat panik. Ini biasalah lidah rasmi DAP cuba bermain persepsi memburuk-burukkan parti komponen Barisan Nasional, MCA.


Lihat pada tajuk artikel ini, terdapat question mark - ?

Maknanya ia bukan fakta. Hanya menggunakan nama MCA bagi mendapatkan reaksi pembaca.

Sama juga kalau kita bangkitkan question mark - Setiausaha Agung DAP didapati bersalah kes rasuah?

Namun yang demikian, isu yang dibangkitkan oleh DAP Nilai Negeri Sembilan ini berkaitan pengundi hantu adalah isu yang bagus.

DAP kononnya mahu menuduh MCA menjalankan kegiatan menambah pengundi hantu. Sedangkan pada hakikatnya DAP adalah parti yang cukup sinonim dengan kegiatan tersebut.

Kenapa tiada kesan di pintu?
Ramai yang sudah tahu bagaimana modus operandi politik DAP dengan cara menyerang pihak lain walhal mereka (DAP) melakukannya. Ia bertujuan menghala 'peluru' kepada pihak musuh.

Jika masih ingat pernah terjadi pejabat seorang MP DAP disimbah dengan cecair merah bersama seekor bangkai ayam? Pintu pejabat dikunci dari luar namun paparan visual kes tersebut membuktikan cecair merah itu kelihatan disimbah dari dalam!


Sama juga dengan isu pengundi hantu semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu... Penyokong DAP memaksa orang awam menyanyikan lagu Negaraku. Rupa-rupanya DAPlah yang membawa pengundi hantu tersebut!

Sebab itu, apa saja serangan atau tuduhan daripada DAP perlu diteliti sebaik-baiknya. Jika mereka kata MCA pakai pengundi hantu, maka merekalah (DAP) yang sebenarnya melakukannya.

Sama juga dengan isu rasuah. Kalau DAP cakap BN rasuah maka yang sebenarnya DAPlah yang rasuah. Jika tidak, bagaimana Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga anak kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh dihadapkan ke mahkamah?

#DAPWayangKuat

No comments:

Post a Comment