Tuesday, January 17, 2017

Tambang MRT SBK Fasa 1


Tamat sudah tambang percuma selama sebulan bagi menaiki pengangkutan awam baharu di Malaysia, MRT Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) fasa 1 iaitu laluan Sungai Buloh - Semantan.


Imej di atas merupakan tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK fasa 1. Bagaimanapun orang ramai disarankan supaya tidak menggunakan tunai bagi melancar serta memudahkan perjalanan. Lebih menarik, ianya lebih murah berbanding tunai!

Manakala pelajar dan warga emas pula diberikan diskaun sebanyak 50% untuk kedua-dua perkhidmatan MRT dan bas pengantara.

#wow terima kasih kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Rapid Rail Sdn Bhd dan pihak-pihak yang berjaya merealisasikan impian Malaysia khususnya warga Lembah Klang!

#JomNaikMRT #TerimaKasih #PengangkutanAwam #MRTCorp #BarisanNasional #KerajaanMalaysia

No comments:

Post a Comment