Tuesday, January 17, 2017

Sebuah negara yang aman dan sejahtera


Kalau negara kucar-kacir, jangan harap kita dapat hidup dalam suasana aman damai. Apatah lagi menyambut apa jua perayaan.


Tapi kita di Malaysia, sebuah negara yang merdeka dan masyarakatnya hidup sejahtera.

Ini fakta yang tiada sesiapa pun boleh menafikannya.

Sedia maklum, tidak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina akan diraikan. Namun keterujaannya sudah dirasai.

Di Muar misalnya, adalah bandar yang meriah dengan aktiviti sempena menyambut Tahun Baru Cina antaranya perarakan istimewa.

Sudah tentu, tarian naga dan singa menjadi perhatian bukan sahaja masyarakat Cina tetapi juga kaum-kaum lain.

Lebih menarik, ia juga menjadi tarikan pelancong asing yang ingin melihat budaya masyarakat kita.

Melihat kepada kepelbagaian masyarakat yang turut bersama-sama meraikan sambutan ini, maka terbuktilah bahawa utuhnya semangat toleransi dan perpaduan dikalangan masyarakat.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika merasmikan sambutan istimewa itu melahirkan rasa bersyukur dan bangganya dengan semangat perpaduan dan hormat menghormati dikalangan masyarakat majmuk.

Selain mempromosikan budaya masyarakat Malaysia, Wee Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut memberitahu bahawa Batu Pahat adalah antara kawasan yang bakal mendapat manfaat daripada projek keretapi laju (HSR KL - Singapura) sekaligus melonjakkan potensi pelancongan dan rangkaian perhubungan di kawasan tersebut.

Syukur...

Negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) ini sentiasa mendahulukan rakyatnya dalam apa jua perkara. Terbukti jelas bahawa BN adalah pemerintah yang lebih baik berbanding pembangkang yang hanya pandai bermain politik sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment