Saturday, January 28, 2017

MCA semai perpaduan. Bukan macam DAP dan Madey


Penulis mengikuti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin dikalangan parti DAP. Bukanlah sebab minat sangat tetapi hanya mahu melihat bagaimana kenyataan-kenyataan dua 'best friend' yang sentiasa berpusing-pusing.


Sedia maklum, big bos DAP Lim Kit Siang sering dilabel sebagai Raja Rasis oleh musuh ketatnya yang kini menjadi best friend nya, Mahathir.

Atas kepentingan peribadi, Mahathir kini menyerang pula parti MCA yang merupakan parti terbesar pilihan masyarakat Cina.

Sejak berpuluh-puluh tahun DAP dikatakan parti rasis, tetapi kini ia terarah pula kepada MCA.

Misalnya isu Projek Pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia di Johor dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dimainkan Mahathir.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan rasa kesalnya apabila Mahathir menjadikan kedua isu pembangunan itu sebagai isu perkauman terhadap negara China dan masyarakat Cina.

Jelas Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong itu, Mahathir tidak boleh menggunakan pendekatan perkauman dan ia menjadi lebih buruk kerana DAP turut memainkannya. Mereka cuba melabel

MCA sebagai ejen China dan mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu isu perkauman.

Tambah Liow, pelaburan dari China penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tahu mereka perlu mengikut undang-undang Malaysia jika mereka mahu membuat pelaburan di sini. Pihak kerajaan juga akan memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa dijaga dan dipelihara.

Apabila Mahathir menggunakan isu perkauman dan terlalu terikat dengan agenda politik dalam isu ini, Liow merasakan beliau telah tersalah hala tuju kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju, Malaysia memerlukan pelaburan.

Sementara dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina, Liow berharap rakyat Malaysia terus bersatu padu sebagai masyarakat yang mendukung perpaduan demi membina masyarakat yang sederhana, toleransi dan berfikiran ke hadapan, menerima dan menghormati hak, kepercayaan dan tradisi satu sama lain.


Kata Liow dalam perutusan tersebut, kepelbagaian budaya Malaysia ialah satu daripada tonggak kekuatan negara dan oleh itu, MCA komited untuk mengekalkan keharmonian sosial.

"Ketika kita merenung ke hadapan, menguruskan kos sara hidup yang meningkat akibat cabaran ekonomi akan menjadi agenda utama pada 2017.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan untuk membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pembiayaan peruntukan untuk memberi bantuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017," katanya.

Selain itu, MCA sentiasa berusaha ke arah memastikan keperluan masyarakat dipenuhi meliputi menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti melalui inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), dan memberi bantuan kewangan kepada usahawan melalui skim pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI).

"Kami percaya sepenuhnya bahawa inisiatif ini akhirnya akan mengukuhkan negara dan ekonomi kita. Inilah sebab mengapa mengapa MCA terus bekerja keras untuk mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Selain itu, memandangkan pentingnya pelaburan langsung asing kepada ekonomi, MCA gembira kerana telah memainkan peranan penting membantu membawa masuk pelaburan baharu dari China, ekonomi kedua terbesar di dunia," kata beliau.

Peluang daripada pelaburan ini pasti memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sesungguhnya sektor pengangkutan akan mendapat manfaat daripada kepakaran China, terutama projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang bakal menjadi pencetus perubahan kerana ia akan meningkatkan kesalinghubungan antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata kementerian akan terus mengukuhkan industri logistik Malaysia di bawah Pelan Induk Perdagangan Logistik Negara kerana ia bakal mentransformasi Malaysia menjadi hab logistik dalam ASEAN.

"Inisiatif ini akan memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat, dan Kerajaan BN komited untuk melihat usaha ini membuahkan hasil," katanya.

Beliau mengakhiri perutusan Tahun Baharu Cina dengan menggesa rakyat berdiri teguh memerangi ekstremisme dan anasir-anasir yang memecah-belahkan perpaduan rakyat.

"Marilah kita bersama-sama memenuhi peranan sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, mencapai persefahaman dan tidak mudah luntur semangat.


"Kepada mereka yang memandu pada cuti hujung minggu yang panjang ini, pandu cermat dan jangan lupa berhenti untuk rehat jika berasa letih di jalan raya. Gong Xi Fa Cai, semoga beroleh kesejahteraan dan semua berada dalam keadaan sihat." kata Liow.

1 comment: