AdSense

Saturday, December 17, 2016

MRT untuk Malaysia - INFO & GAMBAR


Tahun ini, banyak detik manis berjaya dirakamkan apabila pengangkutan awam di Malaysia menjadi bertambah baik dengan terlaksananya projek-projek mega.

Sebut saja jenis pengangkutan awam samada teksi, bas mahupun LRT. Terbaharu MRT, akan datang pula tren Pantai Timur (ECRL) dan keretapi berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura (HSR).

Semuanya mendapat perhatian serius daripada kerajaan pemerintah.

Sudah tentu, agensi dan kementerian yang terlibat memainkan peranan yang cukup penting dalam menjayakan agenda transformasi pengangkutan awam di Malaysia.

Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Prasarana dan banyak lagi pihak yang menggembleng usaha dan tenaga bagi merealisasikan hasrat kerajaan menambahbaik serta membangunkan sektor pengangkutan awam negara pada paras tertinggi.


Kelmarin, 15 Disember 2016 merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia apabila Mass Rapid Trasit atau lebih dikenali dengan nama MRT bagi Fasa 1 Sungai Buloh-Kajang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Projek yang menelan kos RM21 bilion (penjimatan kira-kira RM2bilion daripada kos sasaran RM23bilion) itu bagi Najib merupakan satu pelengkap kepada pengangkutan awam negara. MRT juga merupakan sistem dan perkhidmatan yang jauh lebih efisien, moden, dan liputan rangkaian yang lebih berkesan.


Untuk makluman, MRT akan menghubungkan rel, perumahan, pejabat dan destinasi-destinasi utama rakyat Malaysia yang sebelum ini berada di luar rangkaian.


Fasa 1 ini menghubungkan Sungai Buloh - Semantan meliputi laluan sepanjang 21 kilometer dengan 12 buah stesen. Bagi bulan Disember ini, Najib mengumumkan kadar tambangnya adalah percuma. Ia sebagai hadiah tahun baharu buat rakyat Malaysia di Lembah Klang.

Disamping itu, sebanyak 112 buah bas pengantara akan beroperasi di sepanjang laluan tersebut bermula 16 Disember 2016 (juga percuma selama sebulan)


Perkhidmatan ‘first and last mile’ ini akan meliputi jarak sepanjang 256.3km di bawah Fasa 1 dengan frekuensi optimum setiap 10 minit. Kapasiti bas pada satu masa ialah 62 orang penumpang di mana 28 tempat duduk serta 34 berdiri. Ciri istimewa bas pengantara MRT termasuk tempat duduk untuk ibu dan kanak-kanak, tempat duduk keutamaan serta tempat duduk biasa.

Bas ini juga mempunyai satu kawasan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) serta loceng istimewa untuk golongon OKU. Bas ini turut dilengkapi dengan kamera keselamatan (CCTV).

Untuk pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang laluan bas pengantara ini boleh rujuk pautan DI SINI

Sementara Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan bahawa perkembangan ini merupakan hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang disambung dengan perkhidmatan lain seperti LRT, Monorel, KTMB Komuter dan Projek Klang Valley Double Track.


Katanya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM70 billion untuk pembangunan rangkaian rel bandar di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang enam tahun yang lalu dan hasilnya ialah pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).


Sedia maklum, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang dikemudi oleh pihak SPAD bagi menggerakkan pelan komprehensif 20 tahun mentransformasikan pengangkutan awam negara berupaya merealisasikan cita-cita menjadikan pengangkutan awam sebagai kelas pertama.

Mengenai MRT yang perlu anda tahu :

  • Terangkum dalam Program Transformasi Ekonomi
  • Mula dibina pada bulan Julai 2011
  • Kos RM21bilion (jimat RM2bilion daripada kos sasaran RM23bilion)
  • Laluan sepanjang 51 kilometer
  • 41.5 kilometer laluan bertingkat
  • 9.5km laluan bawah tanah (Muzium Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane dan Maluri)
  • Terdapat sebanyak 31 stesen
  • 16 daripada stesen MRT ini akan dilengkapi dengan sistem Park-and-Ride
  • 8,000 ruang parkir
  • Kadar rata parkir RM4.30 sehari
  • Kapasiti 1,200 penumpang bagi satu perjalanan (4 gerabak)
  • Kelajuan 100km/j
  • Kadar kekerapan 3.2minit
  • Tampung 400,000 penumpang setiap hari
  • Dikendalikan oleh anak syarikat Prasarana Malaysia iaitu Rapid Rail Sdn Bhd
  • 50% nilai kontrak diberikan kepada syarikat Bumiputera
  • 50% ruang niaga diberikan kepada usahawan Bumiputera
  • Peroleh akreditasi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2015
  • Fasa 2 MRT SBK sepanjang 30km babitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi Julai 2017


#JomNaikMRT

No comments:

Post a Comment