Tiada lagi modal untuk menyerang parti Barisan Nasional (BN), pihak pembangkang nampak gayanya terpaksa kembali memulakan misi kotor mereka...
Masih ingat isu 40 ribu pengundi Bangla yang dimainkan pembangkang menjelang hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu?
Kata orang Utara, sampai la ni tak jumpa 40 ribu pengundi Bangla tu...
Hari ini, serangan yang seakan sama digunapakai semata-mata mahu menggambarkan kerajaan BN sebagai sebuah parti jahat sejahat-jahatnya.
Di Seremban, pihak pembangkang yang diketuai pemimpin DAP mendedahkan seramai tujuh orang pengundi telah ditukarkan ke alamat lain dengan menggunakan alamat Pusat Khidmat MCA Dun Temiang di Jalan Seng Meng Lee.
Sedangkan pihak MCA Bahagian Seremban langsung tidak tahu menahu tentang dakwaan tersebut. Tambahan pula Pusat Khidmat MCA di kawasan itu baharu sahaja beroperasi di bangunan kedai tersebut pada Julai lalu.
Seperti yang ramai tahu, tindakan pembangkang terutamanya DAP itu hanyalah mahu menggambarkan MCA sedang menambah undi menggundakan kaedah kotor. Perkara itu bagaimanapun disangkal oleh MCA Seremban.
Senario ini mengingatkan penulis tentang isu 'kabinet bayangan' parti DAP yang menjadi viral baru-baru ini. Rata-rata pemerhati politik menyifatkan penyebaran kabinet tersebut hanyalah permainan politik DAP. Mereka (DAP) atau pembangkang sendiri yang membuat poster berkenaan sebelum menyebar dan kemudiannya menafikannya.
Begitu juga dengan isu bangkai ayam di pejabat seorang pemimpin DAP suatu ketika dahulu. Masyarakat dan pengamal media sosial mempersoalkan kejadian tersebut bahkan menganggap ia sengaja direka-reka bagi meraih simpati.
Lantas itu apa yang berlaku di Seremban ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya. Apakah MCA Seremban sengaja membuka ruang untuk diserang DAP?
Inilah permainan politik halus yang dilakukan DAP. Mereka akan melakukan apa sahaja cara supaya parti lawan dilihat kotor seterusnya dibenci masyarakat.
Hakikat menyedari bahawa parti-parti pembangkang dewasa ini sebenarnya sudah bankrap isu...
No comments:
Post a Comment