AdSense

Friday, December 23, 2016

#MH370 : Malaysia ambil maklum laporan ATSB, tidak putus asa


Langsung tidak mengenal erti berputus asa, kerajaan Malaysia terus komited dalam usaha mencari pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu.


Sehingga kini kos pencarian yang sudahpun dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mencecah AUD200 juta (hampir RM600 juta). Angka ini sudah cukup menjawab fitnah pemimpin pembangkang yang sering menuduh Malaysia sebagai sebuah negara bankrap.


Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia melahirkan rasa komited untuk bekerjasama dengan negara-negara terlibat bagi menjayakan misi pencarian MH370 sejurus tamat fasa pertama.

Dalam perkembangan sama, Malaysia pada 20 Disember baru-baru ini mengambil maklum pengumuman laporan semakan awal mengenai MH370 atau 'First Principles Review Report on MH370' oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

Laporan Semakan Semula Utama pertamanya mengenai MH370 mengatakan, para pakar mereka juga mengenal pasti satu kawasan kira-kira 25,000km persegi di utara kawasan pencarian sekarang sebagai kawasan paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat malang tersebut.


Kata Tiong Lai, walaupun laporan itu merangkumi analisis menyeluruh mengenai usaha pencarian MH370, ia hanya sekadar panduan bagaimana ia dapat membantu usaha pencarian lokasi spesifik pesawat berkenaan.

Kerajaan Australia, Malaysia dan China, ketika Mesyuarat Tiga Hala Peringkat Menteri pada Julai lalu bersetuju mempertimbangkan langkah seterusnya jika ada maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi MH370.

Warganegara yang berada di dalam pesawat MH370 :

  • China - 152 (termasuk 1 bayi)
  • Malaysia - 38
  • Indonesia - 12
  • Australia - 7
  • Perancis - 3
  • Amerika Syarikat - 3 (termasuk 1 bayi)
  • New Zealand - 2
  • Ukraine - 2
  • Kanada - 2
  • Rusia - 1
  • Itali - 1
  • Taiwan - 1
  • Belanda - 1
  • Austria - 1

No comments:

Post a Comment