AdSense

Friday, December 23, 2016

Tambang bas sekolah naik 2017? Ini respon SPAD


Sekarang kita sudah menghampiri penghujung bulan Disember dan tidak lama lagi, selamat tinggal 2016, selamat datang 2017.

Antara isu yang biasa kita dengar apabila berlakunya perubahan tahun ini ialah isu berkaitan persekolahan.


Ya, antara yang paling hangat ialah tentang kos tambang bas sekolah.

Dah macam pasaran hartanah pula, akan meningkat mengikut tahun.

Kecoh apabila media melaporkan bahawa kadar tambang bas untuk sesi hadapan persekolahan (2017) akan naik.

Faktor kenaikan?

1. Isu tahunan yang dibangkitkan.
2. Penarikan subsidi diesel oleh kerajaan.

Perkara nombor dua itu telah menyebabkan kos operasi pengendali bas sekolah telah meningkat. Jadi tambang yang dikenakan kepada pelajar juga perlu dinaikkan.

Namun yang demikian, pengendali juga pernah memohon agar tambang dinaikkan ketika kerajaan masih memberikan subsidi diesel! Aneh bukan?

Sementara China Press ada melaporkan bahawa kerajaan tidak ada kuasa campur tangan terhadap pengusaha bas sekolah yang berhasrat menaikkan kadar tambang.

Tulisan itu memetik kenyataan Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahman.

Beliau berkata, ini kerana, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun lalu telah memberi kebenaran kepada pengusaha bas untuk menentukan harga tambang mengikut keputusan sendiri.

Bagaimanapun, pengusaha terbabit diingatkan jangan menaikkan kadar caj tambang terlalu mahal kerana mereka masih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. (Bukti kerajaan begitu membela rakyatnya daripada ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab)

Rujukan : SINAR HARIAN

Jelas di sini wujud salah faham.

Untuk makluman pembaca, tambang bas sekolah telah diliberalisasikan pada tahun 2015 dengan syarat pihak pengendali perlu mendapatkan persetujuan pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru. 

Bagi pihak SPAD, penetapan kadar tambang oleh kuasa pasaran, adalah satu pendekatan yang adil dan munasabah bagi masa hadapan industri.


Memetik kenyataan SPAD bertarikh 20 Disember 2016;

Setelah pendekatan liberalisasi tambang dilakukan, SPAD tidak lagi menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai kenaikan tambang yang melampau.

Namun begitu, SPAD masih meneruskan proses interaksi dengan pihak pengendali untuk memberikan peringatan agar menghormati prinsip-prinsip yang mendorong liberalisasi tambang bas sekolah.

Setelah menjalankan sesi interaksi mengenai isu kenaikan tambang baru-baru ini dengan tiga persatuan bas sekolah terbesar di Semananjung Malaysia, Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPPBSSM), Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Suruhanjaya akan mengadakan sesi interaksi susulan bersama industri bagi mengenal pasti jika perlu diadakan semakan semula terhadap amalan semasa dan bagi mengenal pasti rumusan yang lebih berkesan bagi menyelesaikan permasalahan tahunan ini.

Sementara itu, pengguna perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (myCC) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, sebarang kejadian di mana pengendali bas sekolah didapati telah menetapkan harga yang tidak munasabah sebagai satu kartel.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan jumlah pengendali bas sekolah berlesen, SPAD sentiasa mengalu-alukan individu yang berminat untuk memohon lesen untuk menjadi pengendali bas sekolah.

Pada masa ini terdapat lebih 10,000 pengendali bas sekolah berlesen yang melibatkan lebih daripada 16,800 bas sekolah di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, SPAD juga telah mengadakan beberapa inisiatif bagi membantu industri bas sekolah seperti Skim Penggantian Bas Sekolah daripada Januari 2013 sehingga Disember 2014 untuk membolehkan pengendali bas menggantikan bas lama demi meningkatkan tahap keselamatan pelajar sekolah.

Sebanyak RM18.5 juta telah dibayar kepada 213 pemohon melalui skim pinjaman khas pada kadar faedah rendah 2%. Kementerian Kewangan juga telah memperuntukkan dana bagi memberikan rebat RM10,000 bagi bayaran muka untuk membeli bas baru dan sebagai subsidi bagi pembayaran semula pinjaman khas tersebut.

Pada 2013, SPAD telah memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Murid Sekolah bagi memberikan perlindungan insurans kepada pelajar apabila terjadinya kemalangan, termasuk apabila kenderaan digunakan bagi aktiviti yang diluluskan oleh pihak sekolah seperti rombongan dan aktiviti ko-kurikulum.

Pada akhir November 2016, skim tersebut dianggarkan telah memberikan perlindungan insurans kepada 1.5 juta pelajar sekolah yang berumur diantara 7 sehingga 19 tahun, dengan pelaburan berjumlah RM14 juta.

Suruhanjaya telah melaksanakan inisiatif liberalisasi tambang bas sekolah untuk membolehkan kuasa pengguna mendorong dan meningkatkan mutu perkhidmatan, melalui penetapan harga yang kompetitif dan dengan sekali gus akan membantu industri untuk kekal mampan.

Oleh itu, SPAD menggalakkan semua pihak yang terlibat untuk mencapai satu keputusan yang adil dan saksama bagi semua.

#TerimaKasihKerajaan
#TerimaKasihSPAD

No comments:

Post a Comment