AdSense
Thursday, November 17, 2016
Sumber kekayaan luarbiasa pemimpin pembangkang
Sebelum ni pentaksub pembangkang suka sangat tuduh orang lain pemakan dedak. Di pentas ceramah, pemimpin mereka pula suka bawa isu seperti mahasiswa dizalimi, rakyat ditindas, Malaysia bankrap, Barisan Nasional rasuah, bla...bla...bla...
Tapi itulah, pepatah Melayu ada menyebut,
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih
Nama Adam Rosly. Maaf, DATUK Adam Rosly, 28 tahun menjadi popular dan viral di media sosial. (Tidak disiarkan di laman Suara Rakyat, Oh! Media dan seumpamanya) Sebab apa Adam begitu popular? Sebab dia cakap tak serupa bikin.
Pemimpin muda parti PKR ini bolehlah diibaratkan seperti 'ketam ajar anak berjalan lurus'. - Suruh orang lain berjalan lurus tapi dia sendiri jalan menyenget.
POM PANG POM PANG pemimpin dan pentaksub pembangkang menabur persepsi memburukkan kerajaan pemerintah BN di pentas ceramah termasuk di dalam Dewan Rakyat.
Namun senyap-senyap, pemimpin mereka sendiri sedang mengumpul kekayaan yang disifatkan ramai sebagai kekayaan luarbiasa.
Banglo Disneyland dan beberapa buah lagi kediaman termasuk kenderaan mewah telah membuka mata ramai pihak.
Dua perumpamaan di atas kembali berlegar-legar. Ditambah dengan dielek Cina, 'itu olang cakap talak selupa bikin'
MURAH JE LA...
Kata Adam dia bida rumah tu dengan harga RM1 juta. Murah katanya. Lagipun katanya, eh RAMAI LA ANAK MUDA YANG KAYA, BUKAN SAYA SEORANG!
Nah! Sekali lagi kenyataan ini mengundang kemarahan pemimpin pembangkang. Mana boleh kata macam tu. Kita kena fokus pada rangka yang telah disusun. Sudah lupa? Kita kena gambarkan rakyat di Malaysia ini sedang menderita dibawah pemerintahan BN! Kita kena wujudkan persepsi bahawa kerajaan BN itu rasuah! Gambarkan penyokong BN pemakan dedak!
Sebenarnya, banyak lagi yang boleh dikupas tentang kekayaan luarbiasa Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) - Kira parti PKR punya anak mudalah. Persoalan mengenai kaitan kekayaan luarbiasa ini dengan pelobi luarnegara. Sedia maklum, penyangak matawang George Soros didakwa memberi dana kepada NGO Bersih dan beberapa portal pembangkang termasuk Malaysiakini dalam usaha menumbangkang kerajaan BN.
Namun persoalan perkaitan ini wajar disiasat. Siapa yang layak untuk menyiasat? Sudah tentu ketua penyiasat PKR Rafizi dan Tony Pua wajar diberi tanggungjawab bagi menggalas tugas ini.
'What's next'?
Apakah selepas ini pembangkang akan menyusun strategi lain untuk memburukkan kerajaan BN? Atau mengambil langkah mudah, hapuskan Adam daripada karier politik. Mungkin juga menggunakan pendekatan lebih selamat iaitu dengan MENYALAHKAN BN, UMNO dan Najib Razak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baru sorang pemimpin PKR yg kaya dah bising.
ReplyDeleteBukan pasal sorng ke seribu orng.. tp pasal ko kata pembangkang bersih.. kat mulut penuh taik.. lagi mengaku bersih ke..
Delete