Mengupas sifat rasis antara MCA dan DAP
MCA dan DAP merupakan parti politik yang sinonim dengan masyarakat berbangsa Cina di Malaysia.
Sedia maklum, MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) mula menjalin kerjasama dengan UMNO dan MIC sejak di dalam Parti Perikatan lagi sekitar tahun 1952. Barisan komponen ini menjadi asas kepada kejayaan Malaysia (dulu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu) dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.
Lebih utama, kerjasama ini berjaya membawa penyatuan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
DAP pula adalah parti pembangkang yang mula diasaskan pada Oktober 1965, lebih sedekad selepas MCA berjuang membela nasib rakyat bersama parti komponen Perikatan.
Kesepakatan antara gabungan pembangkang dengan BN adalah jauh berbeza. Apabila menyentuh tentang kesepakatan, sudah tentu ia ada kaitan dengan sikap mementingkan diri atau rasis.
Tidak wujud sikap toleransi sesama parti sekiranya masing-masing mengamalkan politik rasis.
Serangan tanpa asas ini sebenarnya dicipta bagi tujuan memadamkan senario sebenar yang berlaku. Iaitu sifat rasis dikalangan parti gabungan pembangkang, terutamanya DAP.
Sudah terang lagi bersuluh... DAP masih menjuarai sikap rasis atau pilih bulu apabila dilihat hanya memberi tumpuan dalam meraih sokongan masyarakat berbangsa Cina dalam negara.
Lihat sahaja bagaimana mereka menyasarkan kawasan majoriti kaum Cina ketika pilihanraya. Mereka hanya menumpukan kawasan majoriti Cina dan menabur janji kononnya mahu membela nasib pengundi.
Bagaimana dengan kawasan majoriti Melayu, India dan lain-lain kaum?
Mereka tidak pandang pun waima sebelah mata. Ini jelas menunjukkan bahawa agenda perjuangan DAP hanya untuk kaum Cina. Mereka seolah-olah memberi isyarat bahawa mana-mana kaum selain Cina tidak akan mendapat pembelaan.
Senario tidak sihat ini tidak mungkin dapat diamalkan di Malaysia yang sudah lama dihuni masyarakat majmuk. Ia jauh berbeza dengan toleransi antara parti-parti komponen BN dalam membela nasib rakyat.
Bagi MCA, biarpun mereka memberi tumpuan terhadap masyarakat Cina tetapi mereka tidak sesekali mengabaikan masyarakat yang lain. Begitu juga dengan UMNO yang bukan hanya membantu kaum Melayu sementara MIC bantu masyarakat India sahaja.
Sebab itu dapat kita perhatikan calon-calon BN ini ditempatkan dikawasan-kawasan yang tidak hanya mengikut majoriti kaum. Mereka berada dimana-mana atas tiket BN dan berwajahkan pelbagai bangsa. Pendekatan ini adalah lebih baik berbanding amalan rasis yang sering menjadi prinsip pembangkang.
Benar, MCA bukanlah sebuah parti rasis dan hanya memperjuangkan kaum Cina sahaja.
Ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa MCA sudah sekian lama berjuang bersama UMNO dan MIC di bawah satu perikatan sejak sebelum merdeka lagi.
Bagaimana MCA boleh bekerjasama dengan UMNO dan MIC sekiranya mengamalkan budaya rasis?
Dalam masa sama Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu membangkitkan persoalan tentang kemenangan DAP dikawasan majoriti Cina.
Hanya di kawasan majoriti Cina, tidakkah itu satu bentuk pilih bulu dan perkauman?
Hakikat menyedari bahawa parti yang lebih rasis sebenarnya cenderung kepada DAP. Ini adalah berdasarkan kepada fakta dan sejarah politik di Malaysia sejak zaman kemerdekaan negara lagi.
Noktah
No comments:
Post a Comment