AdSense

Wednesday, November 9, 2016

SERANG! Buang masa jawab isu


Sekarang masa untuk menyerang pembangkang, bukan lagi masa untuk menjawab segala jenis isu yang dibangkitkan. Sebab semua isu itu sudahpun dijawab. Mereka tidak akan sesekali menerimanya kerana tidak mengikut jawapan yang mereka inginkan. Mereka tetap akan mengatakan buah oren itu epal.


Lihat saja ketika Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mengeluarkan keputusan tentang siasatan tentang syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut keputusan yang diumumkan, PAC yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak terlibat dalam aktiviti jenayah yang dipalitkan ke atas 1MDB.

Tetapi pembangkang masih lagi bercerita tentang 1MDB. Sebab apa? Seperti perenggan di atas, Mereka tidak akan sesekali menerimanya kerana tidak mengikut jawapan yang mereka inginkan. Mereka tetap akan mengatakan buah oren itu epal.

Kenapa asyik jawab isu yang sudah dijawab, kenapa tidak menyerang pembangkang?

Kenapa cytro BN pecah kepala memikirkan jawapan untuk menangkis tuduhan persepsi dan fitnah pembangkang? Sehingga terlupa untuk menyerang mereka? Realitinya, pembangkang kini berdepan dengan banyak isu yang tidak mampu mereka jawab.

Kenapa terperangkap dengan permainan politik mereka dengan membazir masa menjawab tuduhan mereka yang secara jelas sudah dijawab? Bahkan ada tuduhan yang mereka lemparkan itu tidak berasas pun.

Kalau ada pun tuduhan baharu, penulis cadangkan, pihak di kementerian yang terlibatlah yang sepatutnya menggalas tugas sebagai pemberi jawapan. Bukannya cytro BN. Jangan buang masa mereka untuk menjawab. Biarkan mereka menyerang.

Come on...

Setiap tahun penjawat awam mendapat bonus. Pantaulah mereka. Kalau ada segelintir penjawat awam yang boleh mengkritik atau menfitnah majikan sendiri (kerajaan) di dalam media sosial, kenapa tidak boleh kerah mereka mempertahankan majikan sendiri? Atau pihak di kementerian tidak menyedari apa yang sedang berlaku, apa yang kakitangan mereka buat?

Penulis boleh berikan nama-nama penjawat awam yang makan duit kerajaan tetapi menyebarkan persepsi dan fitnah terhadap majikan sendiri. Tetapi buat apa penulis berikan kepada pihak kementerian?

Sedangkan merekalah (pihak kementerian) yang lebih tahu tentang tindak-tanduk kakitangan mereka. MASIH HENDAK SIMPAN KAKITANGAN SEBEGINI? Jangan jadikan 'perjanjian' dalam kontrak sebagai alasan kekangan. Masing-masing berpendidikan tinggi dan arif soal perundangan, gunakan otak untuk bertindak.

Takkan itu pun hendak disuruh atau diajar?

Suara Lensa
9 Nov 2016

No comments:

Post a Comment