AdSense

Friday, November 11, 2016

Jack Ma pilihan tepat dan bijak - Wee Ka Siong


Jack Ma, satu nama yang cukup popular dalam internet. Taikun Alibaba ini sering mendapat perhatian sehingga video-videonya ditonton berkali-kali. Sementara petikan kata-katanya dibingkaikan bagi tujuan suntikan semangat terutamanya dikalangan para peniaga.


Biarpun bertubuh kecil namun nama Jack Ma cukup besar bukan sahaja terkenal di dalam negaranya China sahaja bahkan diberi 'tabik hormat' oleh seluruh dunia.

Ketika para peniaga berduyun-duyun menyertai perniagaan atas talian, video Jack Ma dan petikan kata-kata beliau lah yang dicari. Beliau menjadi ikon buat para peniaga atas talian dan para usahawan. Tanyalah mana-mana peniaga atas talian atau usahawan baik syarikat besar mahupun kecil, mustahil mereka tidak mengenali nama Jack Ma.


Sebab itu pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung perlantikkan Jack Ma selaku penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia dianggap satu keputusan yang tepat dan bijak.

Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong dengan pelantikan itu, ia berupaya memberi faedah dan mempertingkatkan lagi perkembangan e-dagang di Malaysia.

Bersandarkan kepada pengalaman dan kepakaran Jack Ma dalam teknologi maklumat serta memiliki sebuah kumpulan syarikat gergasi antarabangsa, maka tidak hairanlah kenapa Najib memilih beliau bagi membantu negara menuju ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam dunia ekonomi digital.

Setiap kali kerajaan ingin membuat sesuatu perancangan masa depan untuk negara, pasti ada desas-desus, khabar angin dan persepsi negatif dimainkan. Pelantikan Jack Ma tidak membawa untunglah, Malaysia bakal dijual kepada Chinalah dan macam-macam lagi tuduhan yang tidak berasas.

Ketika menyentuh tentang perkara ini, Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam mengimbau kembali senario yang berlaku ketika kerajaan mahu melaksanakan projek Lebuh Raya Utara-Selatan.

Pengguna lebuhraya ketika musim perayaan. Gambar The Star

Pada ketika itu, ramailah pengkritik yang kebanyakkan pemimpin dan penyokong pembangkang mempertikai keputusan kerajaan. Namun, lihatlah hari ini, lebuhraya tersebut benar-benar terbukti memberi manfaat kepada rakyat!

Sedarlah pembaca sekalian bahawa agenda pembangkang hari ini bukanlah bertindak sebagai pemberi idea atau membantu kerajaan. Usaha yang mereka lakukan selama ini hanyalah memperlekehkan dan menggagalkan setiap perancangan kerajaan.

Mereka sebenarnya tahu bahawa apa yang dirancang dan sedang dilakukan kerajaan pasti membawa manfaat dan faedah kepada rakyat. Sebab itu mereka cemburu dan takut rakyat semakin kuat menyokong kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment