AdSense

Tuesday, November 8, 2016

Bila kerajaan BN nak buat ECRL, pembangkang tiba-tiba jadi seperti kera kena belacan


Satu-satunya Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar yang tidak menyokong Bajet 2017 kelihatan seperti hero apabila bercakap tentang projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Ahli Parlimen yang berasal dari utara tanah air, Pokok Sena, Kedah itu menyindir kerajaan dengan mengatakan kos RM55 bilion yang diperuntukkan dalam pembinaan ECR seperti mahu membina landasan emas.


"Kos ECRL RM55b macam nak bina landasan emas."

Demikian tajuk yang disiarkan media neutral (tapi akhir-akhir ini berat kepada pembangkang) Sinar Online bertarikh 23 Oktober 2016.

Bagi menampakkan lebih hebat, Mahfuz yang kini pro Parti Amanah Negara (PAN) menggesa satu siasatan menyeluruh atau menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai rasional kos berkenaan.

Tetapi yang kelakarnya, Mahfuz mengakui bahawa ECRL adalah antara projek untuk menjaga kebajikan rakyat yang sedang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Untuk makluman pembaca, kos RM55 bilion sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 lalu sebenarnya tidak hanya membabitkan kos pembinaan sahaja.

Ini dinyatakan dengan jelas oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, kos tersebut merujuk kepada Perjanjian Rangkakerja Pembiayaan.

Mahfuz dan pengikut taksub pembangkang seharusnya tidak cepat melatah. Macam takut saja projek ini membuatkan rakyat bertambah suka dan menyokong kerajaan BN.

Tegas Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong, Pahang dan Presiden MCA itu, kos pembinaan projek ECRL sangat telus kerana pemain industri tahu mengenai kos bagi setiap kilometer landasan kereta api yang dibina.

Selain itu beliau juga berharap agar parti-parti pembangkang tidak mempolitikkan projek itu kerana ia bukan sahaja satu projek untuk rakyat tetapi juga membawa manfaat kepada ekonomi Malaysia.

Para pengkritik terutamanya pemimpin pembangkang dilihat cukup takut pada setiap perancangan kerajaan BN yang akan dilaksanakan bagi manfaat rakyat. Mereka tidak mampu berbuat demikian (membangunkan kehidupan rakyat) kerana asyik sibuk berpolitik.

Sehinggakan isu air di Selangor dan pembangunan di Pulau Pinang sehingga berlakunya kes rasuah pun gagal ditangani dengan baik.

Selain Mahfuz, Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi turut kehadapan melagakkan watak sebagai 'hero rakyat' - Badut rakyat sebenarnya.

Pandai pula tuntut kerajaan mendedahkan laporan teknikal yang terperinci untuk projek ECRL. Ada saja yang dilakukan pemimpin pembangkang semata-mata mahu mengganggu atau melengah-lengahkan usaha baik kerajaan BN.

Jika masih ingat, dulu bila Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) membentangkan laporan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)....

PAC mendapati Najib tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan 1MDB. Ia diakui sendiri oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong. Jeff Ooi sepatutnya belajar dengan Tan Seng Giaw supaya menjadi seorang pemimpin yang berprinsip, bertanggungjawab dan berpijak di bumi yang nyata.

Bila PAC yang terdiri dikalangan pemimpin BN dan pembangkang bentang keputusan mereka, ramailah pemimpin dan penyokong taksub pembangkang bertindak seperti cacing kepanasan.

Tidak lain tidak bukan ialah kerana keputusan PAC itu tidak mengikut kehendak atau skrip politik pembangkang.

Sama juga dalam isu ECRL ini. Mereka (pembangkang) akan menuntut macam-macam perkara. Pada akhirnya, mereka tetap akan mengatakan buah oren itu sebagai epal.

Sehinggakan 'kenapa projek ECRL diberikan kepada China' juga dibangkitkan pembangkang dan penyokong taksub mereka. Lebih dahsyat, ada yang mendakwa Malaysia menjual negara kepada China! Hebat sungguh persepsi ajaran pembangkang ni....

Mematahkan persepsi jahat pembangkang, penulis merasakan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ini sebagai kenyataan yang paling baik dan berfakta.

Katanya, projek ECRL diberikan kepada China kerana negara itu sangat berpengalaman dalam industri berkenaan.

Tambahnya, pembangkang tidak sepatutnya merungut kerana kos itu lebih murah daripada apa yang ditawarkan Jepun dan negara-negara Eropah.

Selain memberikan Malaysia kadar pembiayaan yang menggalakkan, China juga bersedia untuk memindahkan teknologi kereta api kepada kita.

Justeru itu, jauhilah persepsi jahat pembangkang dan penyokong taksub mereka yang sengaja mahu mengganggu proses pembinaan projek untuk rakyat. Mereka cemburu sebenarnya!

No comments:

Post a Comment